Monday 31 December 2012

Wanita dan Al Quran

4.    Surah 24  An-Nur

ETIKA PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MAHRAM.

Ayat 31:   " Dan katakanlah kepada perempuan- perempuan yang beriman,supaya mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka(aurat mereka),kecuali  yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka sendiri atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka sendiri atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau  pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah,wahai orang yang beriman,agar kamu beruntung."
Penjelasan :
I.    Peringatan kepada wanita beriman agar menjaga pandangan dan memelihara kemaluan serta jangan memperlihatkan  perhiasan mereka kecuali yang biasa terlihat.
•    Allah menyuruh wanita beriman supaya merendahkan pandangan ,jangan melihat kepada yang haram seperti aurat lelaki  yang di antara  pusat dan lutut ,lebih-lebih lagi merendahkan pandangan daripada melihat lelaki yang ajnabi( yang boleh bernikah dengannya).
•    Mereka juga diminta untuk memelihara kehormatan  iaitu jangan berzina, jangan membuat hubungan sejenis dan hendaklah menutup alat kelamin  jangan sampai dilihat orang.
•    Jangan memperlihatkan perhiasannya selain daripada yang biasa terzahir. Dilarang mendedahkan  barang kemas yang dipakai pada anggota yang tertutup. Kecuali perhiasan yang terzahir tidak mengapa seperti cincin dijari, inai dikuku dan celak dimata.

II.    Wanita beriman dikehendaki melabuhkan tudung hingga ke paras dada.
•    Pakaian Wanita beriman wajib  menutup aurat. Berdosa membukanya kepada lelaki yang bukan mahramnya.
•    Aurat wanita seperti dalam sembahyang.
•     Pakaian juga tidak terlalu nipis dan tidak ketat sehingga membayangkan bentuk tubuh . Perlu menutup bahagian yang menarik perhatian lelaki.
•    Pakaian jangan disemarakkan dengan wangian kerana bau-bauan merangsang nafsu lelaki ajnabi(lelaki yang boleh dikahwini)
•    Pakaian tidak boleh menyerupai lelaki/perempuan kafir
•    Memakai pakaian bukan untuk bermegah-megah/ menunjuk-nunjuk.


III.    Mereka tidak boleh memperlihatkan perhiasan(aurat) kecuali kepada  12  pihak iaitu 1. suami sendiri,2. ayahnya, 3.bapa suaminya(mertua lelaki),4. anaknya sendiri, 5.anak suaminya (anak tirinya), 6.saudara lelaki mereka,7. Anak lelaki dari saudara lelaki,8.Anak lelaki dari saudara perempuan ,9. Sesama wanita 10. Hamba sahaya 11. Pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan, 12. Anak yang belum mengerti aurat perempuan.

•    Mendedahkan perhiasan hanya dibolehkan kepada 12   orang yang dinyatakan.
•    Larangan mendedahkan perhiasan kepada selain golongan yang disebutkan bertepatan sebab kebiasaan wanita sekarang berhias ketika  keluar rumah untuk memperlihatkan kepada orang lain.
•    Sepatutnya isteri berhias untuk suami bukan  untuk orang lain.

IV.    Jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui orang perhiasan  yang mereka sembunyikan.

•   
Aurat perlu ditutup dan dirahsiakan.
•    Mendedahkan aurat bermakna mendedahkan rahsia tubuh yang boleh mengurangkan harga diri dan menghilangkan sifat malu.
•    Salah satu punca kehancuran moral dan keruntuhan akhlak adalah hilangnya rasa malu di kalangan wanita.

V.     Orang beriman disuruh bertaubat kepada Allah agar beroleh kejayaan.
•    Allah menyuruh  orang yang beriman supaya bertaubat dari dosa yang mereka lakukan ,dengan ini mereka akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


No comments:

Post a Comment