Saturday 29 December 2012

PERMATA PAGI


19.12.2012:  SELASA

 Juzu’ 11; Surah Yunus,  Ayat 100:


Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah  menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak menggunakan akalnya.”

Pengajaran:
I.    Tidak beriman seseorang itu melainkan dengan izin Allah.

       Sesungguhnya nikmat  yang paling besar kepada seseorang   adalah nikmat Iman.  Berbahagialah kita   kerana Allah memilih kita menjadi orang yang beriman. Allah menganugerahkan  Iman yang menjadi sinar kehidupan.   Betapa malangnya  orang  yang tidak terpilih..

II.     Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak menggunakan akalnya.

      Manusia dipilih untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Sesuai  dengan itu kita diberi keistimewaan berbeza dengan makhluk lain kerana diberi akal oleh Allah. Dengan akal kita boleh memilih mana yang baik dan menjauhi perkara yang mendatangkan keburukan.
 Malangnya ada yang tidak menggunakan keistimewaan ini. Mereka mengikut hawa nafsu dengan meninggalkan  perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kemaksiatan  ini menyebabkan jiwa mereka kotor.
Allah menimpakan kemurkaan kepada orang  tidak menggunakan akal dalam memahami perkara-perkara yang diperintah oleh Allah dan perkara-perkara yang dilarangNya.
     Oleh itu takutilah dan jauhilah diri kemurkaan Allah! Sebagai orang yang beriman wajib kita membuat amal maaruf dan mencegah kemungkaran .

No comments:

Post a Comment