Thursday 13 December 2012


PERMATA PAGI

 Ini merupakan himpunan ayat-ayat Al Quran (terjemahan) yang menyentuh hatiku ketika Imam Masjid Shah Alam membacanya setiap pagi selepas solat subuh.

14. Dec 2012:
 Juzu’ 11 , Surah Yunus, Ayat 61

Segala Perbuatan Manusia  Tidak Terlepas Daripada Pengawasan  Allah:

Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan,melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah(atom), di bumi atau di langit.Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan(semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).”
Pengajaran:
1.    Setiap pekerjaan yang kita lakukan samada baik atau buruk semuanya  diketahui oleh Allah. Keadaan ini kerana Allah menyediakan pengawas yang  menyaksikan dan mencatat segala perbuatan kita.
Jadi lakukanlah  sebanyak mungkin kebaikan dalam hidup kita sebab  inilah yang kita akan bawa bila mengadap Allah nanti. Taklah nak gagal ujian kot!
 Dalam ayat ini menerangkan wujudnya di alam ini pelbagai benda yang  tidak dapat dilihat oleh  mata kasar kecuali menggunakan alat mikroskop. Ketika turutnya ayat ini tentunya tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu bahawa adanya benda- benda sehalus  atom.
2.    Hebatnya Al- Quran sebagai  suatu mujizat dan bukti yang ianya  kalamullah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.
 Apa lagi ditunggu jom le kita baca Al Quran dan baca terjemahannya setiap pagi . Kita gali ilmu yang ada untuk kita menjadi insan yang hebat. Cemerlang  Di Dunia dan Cemerlang di Akhirat. Insyallah !

No comments:

Post a Comment