Monday 31 December 2012

Wanita dan Al Quran

4.    Surah 24  An-Nur

ETIKA PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MAHRAM.

Ayat 31:   " Dan katakanlah kepada perempuan- perempuan yang beriman,supaya mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka(aurat mereka),kecuali  yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka sendiri atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka sendiri atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau  pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah,wahai orang yang beriman,agar kamu beruntung."
Penjelasan :
I.    Peringatan kepada wanita beriman agar menjaga pandangan dan memelihara kemaluan serta jangan memperlihatkan  perhiasan mereka kecuali yang biasa terlihat.
•    Allah menyuruh wanita beriman supaya merendahkan pandangan ,jangan melihat kepada yang haram seperti aurat lelaki  yang di antara  pusat dan lutut ,lebih-lebih lagi merendahkan pandangan daripada melihat lelaki yang ajnabi( yang boleh bernikah dengannya).
•    Mereka juga diminta untuk memelihara kehormatan  iaitu jangan berzina, jangan membuat hubungan sejenis dan hendaklah menutup alat kelamin  jangan sampai dilihat orang.
•    Jangan memperlihatkan perhiasannya selain daripada yang biasa terzahir. Dilarang mendedahkan  barang kemas yang dipakai pada anggota yang tertutup. Kecuali perhiasan yang terzahir tidak mengapa seperti cincin dijari, inai dikuku dan celak dimata.

II.    Wanita beriman dikehendaki melabuhkan tudung hingga ke paras dada.
•    Pakaian Wanita beriman wajib  menutup aurat. Berdosa membukanya kepada lelaki yang bukan mahramnya.
•    Aurat wanita seperti dalam sembahyang.
•     Pakaian juga tidak terlalu nipis dan tidak ketat sehingga membayangkan bentuk tubuh . Perlu menutup bahagian yang menarik perhatian lelaki.
•    Pakaian jangan disemarakkan dengan wangian kerana bau-bauan merangsang nafsu lelaki ajnabi(lelaki yang boleh dikahwini)
•    Pakaian tidak boleh menyerupai lelaki/perempuan kafir
•    Memakai pakaian bukan untuk bermegah-megah/ menunjuk-nunjuk.


III.    Mereka tidak boleh memperlihatkan perhiasan(aurat) kecuali kepada  12  pihak iaitu 1. suami sendiri,2. ayahnya, 3.bapa suaminya(mertua lelaki),4. anaknya sendiri, 5.anak suaminya (anak tirinya), 6.saudara lelaki mereka,7. Anak lelaki dari saudara lelaki,8.Anak lelaki dari saudara perempuan ,9. Sesama wanita 10. Hamba sahaya 11. Pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan, 12. Anak yang belum mengerti aurat perempuan.

•    Mendedahkan perhiasan hanya dibolehkan kepada 12   orang yang dinyatakan.
•    Larangan mendedahkan perhiasan kepada selain golongan yang disebutkan bertepatan sebab kebiasaan wanita sekarang berhias ketika  keluar rumah untuk memperlihatkan kepada orang lain.
•    Sepatutnya isteri berhias untuk suami bukan  untuk orang lain.

IV.    Jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui orang perhiasan  yang mereka sembunyikan.

•   
Aurat perlu ditutup dan dirahsiakan.
•    Mendedahkan aurat bermakna mendedahkan rahsia tubuh yang boleh mengurangkan harga diri dan menghilangkan sifat malu.
•    Salah satu punca kehancuran moral dan keruntuhan akhlak adalah hilangnya rasa malu di kalangan wanita.

V.     Orang beriman disuruh bertaubat kepada Allah agar beroleh kejayaan.
•    Allah menyuruh  orang yang beriman supaya bertaubat dari dosa yang mereka lakukan ,dengan ini mereka akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.


Saturday 29 December 2012

PERMATA PAGI


19.12.2012:  SELASA

 Juzu’ 11; Surah Yunus,  Ayat 100:


Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah  menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak menggunakan akalnya.”

Pengajaran:
I.    Tidak beriman seseorang itu melainkan dengan izin Allah.

       Sesungguhnya nikmat  yang paling besar kepada seseorang   adalah nikmat Iman.  Berbahagialah kita   kerana Allah memilih kita menjadi orang yang beriman. Allah menganugerahkan  Iman yang menjadi sinar kehidupan.   Betapa malangnya  orang  yang tidak terpilih..

II.     Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak menggunakan akalnya.

      Manusia dipilih untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Sesuai  dengan itu kita diberi keistimewaan berbeza dengan makhluk lain kerana diberi akal oleh Allah. Dengan akal kita boleh memilih mana yang baik dan menjauhi perkara yang mendatangkan keburukan.
 Malangnya ada yang tidak menggunakan keistimewaan ini. Mereka mengikut hawa nafsu dengan meninggalkan  perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kemaksiatan  ini menyebabkan jiwa mereka kotor.
Allah menimpakan kemurkaan kepada orang  tidak menggunakan akal dalam memahami perkara-perkara yang diperintah oleh Allah dan perkara-perkara yang dilarangNya.
     Oleh itu takutilah dan jauhilah diri kemurkaan Allah! Sebagai orang yang beriman wajib kita membuat amal maaruf dan mencegah kemungkaran .

Thursday 13 December 2012

PERMATA PAGI


PERMATA PAGI

 Ini merupakan himpunan ayat-ayat Al Quran (terjemahan) yang menyentuh hatiku ketika Imam Masjid Shah Alam membacanya setiap pagi selepas solat subuh.

14. Dec 2012:
 Juzu’ 11 , Surah Yunus, Ayat 61

Segala Perbuatan Manusia  Tidak Terlepas Daripada Pengawasan  Allah:

Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan,melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah(atom), di bumi atau di langit.Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan(semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).”

Pengajaran:
1.    Setiap pekerjaan yang kita lakukan samada baik atau buruk semuanya  diketahui oleh Allah. Keadaan ini kerana Allah menyediakan pengawas yang  menyaksikan dan mencatat segala perbuatan kita. Hebatnya CCTV Allah berbanding dengan CCTV dunia. CCTV Allah boleh merakam semua   yang kita lakukan samaada zahir maupun batin, di tempat yang terdedah maupun tersembunyi. CCTV dunia hanyah memfocus  lahirah di tempat yang dipasang CCTV sahaja, itu pun kadang- kala tak jelas rakamannya.
Jadi lakukanlah  sebanyak mungkin kebaikan dalam hidup, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. CCTV Allah merakamkan.Amalan  inilah yang kita akan bawa bila mengadap Allah nanti. Taklah nak gagal ujian kot! 

2. Dalam ayat ini menerangkan wujudnya di alam ini pelbagai benda yang  tidak dapat dilihat oleh  mata kasar kecuali menggunakan alat mikroskop. Ketika turutnya ayat ini tentunya tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu bahawa adanya benda- benda sehalus  atom.
    Hebatnya Al- Quran sebagai  suatu mujizat dan bukti yang ianya  kalamullah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.
 Apa lagi ditunggu jom le kita baca Al Quran dan baca terjemahannya setiap pagi . Kita gali ilmu yang ada untuk kita menjadi insan yang hebat. Cemerlang  Di Dunia dan Cemerlang di Akhirat. Insyallah !


PERMATA PAGI

 Ini merupakan himpunan ayat-ayat Al Quran (terjemahan) yang menyentuh hatiku ketika Imam Masjid Shah Alam membacanya setiap pagi selepas solat subuh.

14. Dec 2012:
 Juzu’ 11 , Surah Yunus, Ayat 61

Segala Perbuatan Manusia  Tidak Terlepas Daripada Pengawasan  Allah:

Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan,melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah(atom), di bumi atau di langit.Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan(semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).”
Pengajaran:
1.    Setiap pekerjaan yang kita lakukan samada baik atau buruk semuanya  diketahui oleh Allah. Keadaan ini kerana Allah menyediakan pengawas yang  menyaksikan dan mencatat segala perbuatan kita.
Jadi lakukanlah  sebanyak mungkin kebaikan dalam hidup kita sebab  inilah yang kita akan bawa bila mengadap Allah nanti. Taklah nak gagal ujian kot!
 Dalam ayat ini menerangkan wujudnya di alam ini pelbagai benda yang  tidak dapat dilihat oleh  mata kasar kecuali menggunakan alat mikroskop. Ketika turutnya ayat ini tentunya tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu bahawa adanya benda- benda sehalus  atom.
2.    Hebatnya Al- Quran sebagai  suatu mujizat dan bukti yang ianya  kalamullah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.
 Apa lagi ditunggu jom le kita baca Al Quran dan baca terjemahannya setiap pagi . Kita gali ilmu yang ada untuk kita menjadi insan yang hebat. Cemerlang  Di Dunia dan Cemerlang di Akhirat. Insyallah !

Sunday 9 December 2012

FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:



                                        MAS KAHWIN  UNTUK WANITA


3.    Surah 4  An- Nisa :Ayat 4:   " Dan berikanlah olehmu mas kahwin  kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian  dengan penuh kerelaan. Selepas itu, sekiranya mereka menyerahkan  kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin berkenaan dengan senang hati, maka ambillah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati."

Penjelasan:

 
I.    Firman Allah ini ditujukan kepada pihak suami.Pihak suami dikehendaki memberi mas kahwin  kepada wanita yang dinikahi Pemberian ini dengan hati yang suci dan bersih sebagai sebagai tanda ikatan kasih sayang.

 
II.    Sekiranya isteri berkenaan berlapang dada untuk memberikan sebahagian daripada mas kahwin itu kepada suaminya,maka tiada dihalang menerimanyaa.

Thursday 6 December 2012

WANITA DAN AL QURAN

WANITA DAN AL QURAN
 
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:


2.    Surah 4  An- Nisa :Ayat 3:     Dan sekiranya kamu bimbang tidak akan mampu berlaku adil terhadap hak-hak   perempuan  yatim (ketika kamu menikahinya), maka kahwinilah perempuan lain yang kamu senangi: dua ,tiga atau empat. Tetapi sekiranya kamu bimbang tidak akan berlaku adil, memadai menikahi seorang sahaja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang  demikian lebih hampir agar kamu tidak berbuat zalim.
Penjelasan:

I.    Sekiranya kamu takut memakan harta anak yatim yang menjadi isteri kamu,maka jangan kamu mengahwininya.

II.    Dibenarkan kamu mengahwini perempuan lain yang kamu berkenan dua, tiga atau empat.

III.    Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil ,hanya dibenarkan beristeri seorang sahaja atau mengambil hamba sahaya sebagai isteri.Keadaan ini  boleh  mengelakkan suami  daripada  bertindak zalim,tidak adil dan menganiaya.

Monday 3 December 2012

WANITA DAN AL QURAN
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:

1.      Surah 4  An- Nisa:Ayat 1:    Wahai manusia ! Bertakwalah kepadaTuhanmu yang telah menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan daripadanya isterinya (Hawa) ; dan (lalu) daripada keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan menyebut namaNya, dan ( peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah itu selalu menjaga dan mengawasimu.

Penjelasan: 
                                 I.            Dalam surah ini Allah menyeru manusia supaya bertakwa kepada Allah iaitu takutkan Allah dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
                              II.            Allah menjadikan isteri Nabi Adam iaitu Siti Hawa daripada dirinya iaitu daripada tulang rusuk kirinya yang pendek. Daripada kedua mereka itu (Nabi Adam dan Siti Hawa) berkembang dengan banyaknya umat manusia iaitu lelaki dan perempuan.
                           III.            Allah memerintahkan agar takutkanNya kerana kepada Allahlah kita selalu memohon pertolongan dengan menyebut namaNya.
                           IV.            Kita dikehendaki takutkan Allah daripada memutuskan tali silaturahim.
                              V.            Alllah sentiasa memerhatikan dan mengawasi  kamu