Wednesday 25 January 2012

SOLAT SUNAT HAJAT

Niat: Sahaja aku sembahyang sunat hajat, 2 rakaat kerana ALLAH Taala.

 1. Selepas Al-Fatihah rakaat pertama baca ayatul Kursi 1 kali.

 2. Selepas Al-Fatihah rakaat kedua baca surah Al-Ikhlas 11 kali.

 3. Ketika sujud terakhir baca 11 kali dan sertakan di dalam hati segala hajat-hajat kita. Solat hajat ini diriwayatkan oleh Tirmidhi dan Ibn Maja. Hadith ini agak lemah tetapi sedikit sahaja: hadith sedemikian dilakukan bagi ibadat (fada’il al-a`mal) melalui persetujuan umum oleh ulamak mazahab Sunni][1]

 Tujuan : Apabila mempunyai hajat yang baik samada untuk agama atau dunianya atau dalam keadaan kesulitan atau untuk menolak bencana dan dugaan. 

 Rakaat : 2 minimum dan 12 maximum ( dgn tiap2 dua rakaat salam ) Niat : "Sahaja aku solat sunat Hajat dua rakaat kerana Allah Taala" Surah : Selepas bacaan al-Fatihah 
   - Rakaat pertama : Baca surah Al-Khafirun (10 kali) 
   - Rakaat kedua : Surah Al-Ikhlas(10 kali) 

 Cara : sesudah memberi salam pertama pada tahiyat Akhir, terus sujud dan dalam sujud dibaca- 
   1) (Selawat Nabi) – 10 kali 
   2) subahanaAllah, walhamdulillah, wala ila ha illah waAllahuakbar, wala haula walakuwwata illa billahil'aliyul'azim – 10 kali 
   3) Rabbana atina fiddunya hasanah wafilangirotil hasanah wakina 'azabannar – 10 kali Biasanye selepas ketiga-tiga bacaan diatas, hajat dilafazkan dalam keadaan sujud. Selepas bangun dari sujud, berilah salam dan bacelah doa solat hajat.

No comments:

Post a Comment