Sunday 29 January 2012

BERTUAHNYA KITA


Bertuahnya kita kerana terpilih menjadi  guru. Kita disapa  setiap pagi.
Assalamulaikum Cikgu! Selamat Pagi Cikgu!” Itulah ucapan   yang sangat biasa kepada murid tetapi ucapan keramat kepada Guru.Sepanjang langkah diatur di kawasan sekolah itulah Ucapan Keramat  murid kepada kita .Bahagianya kita bergelar Guru.Jika kita berada di laluan murid jenuhlah kita menjawabnya “ Waalaikum Salam ! Selamat Pagi!”.  

Ucapan Keramat itu jugalah  pembuka bicara murid semasa kita masuk  ke kelas. Mereka menyedari kehadiran  kita,mereka menghargai GURUnya.Bertuahnya kita bergelar guru! Kehadiran kita dinantikan.
“Assalamulaikum Cikgu! Selamat  Pagi Cikgu! Cikgu hendak beli apa?” Tegur seorang peniaga di pasar.Tersentak kita apabila mendengar sapaan ini.Rupanya di luar sekolah pun kita dipanggil Cikgu! oleh bekas murid kita. Bertuahnya kita kerana anak murid masih mengenali kita.

“Puan ini seorang guru ke?” Tanya seorang pelanggan di sebuah bank . “Macam mana puan tahu saya seorang guru” balasku. “Riak muka  dan gaya serta percakapan seorang guru ,boleh dikenali berbeza dengan orang lain.”jelasnya. Bertuahnya kita sebagai guru. Rupanya aura seorang guru itu dibawa  kemana-mana tanpa mengira masa dan tempat.Tidak hairanlah kita, sekali kita bergelar guru,sampai-bila-bila dipanggil Cikgu.

Cikgu ! Ingat saya lagi tak? Saya murid cikgu 8 tahun lepas.Cikgulah selalu tegur dan nasihatkan saya dulu! Saya dah jadi polis! Ini anak saya. Umurnya baru 8 bulan.”Tegur seorang bekas muridku ketika terserempak di sebuah pasaraya.” “Alhamdullilah ! Tahniah! Semoga menjadi anggota polis yang terbaik,suami yang baik dan bapa yang baik”balasku.

“Kamu masih ingat pesan cikgu dulu?” Tanyaku. “Tentulah ingat! Jom Solat setiap waktu dan baca Quran setiap hari! Terima kasih Cikgu!” balasnya. Alhamdullilah tiada perkara yang paling menggembirakan seorang  guru kepada anak muridnya melainkan melihat  kejayaan anak muridnya. Bertuahnya kita penat lelah kita membuahkan hasil.

Pekerjaan sebagai guru ibarat seorang tukang masak.Kadang-kala kita rasa kecewa bila ubi yang kita rebus tak empuk-empuk.Berjam-jam,sampai berkilat isinya tetapi tak empuk-empuk juga.Jika terbeli ubi begini jangan kecewa.Parut sahaja, diperah isinya dan buang airnya.Campur isi ubi kayu dengan santan dan gula Melaka.Kalau adunan ini dikukus jadilah kuih talam ,jika dibakar jadilah kuih bengkang.Rasanya jauh lebih sedap daripada ubi rebus tadi.Sebenarnya ubi yang jenis tak empuk ini kalau rajin dan sabar  mempelbagaikan cara masakannya,mampu menghasilkan pelbagai kuih yang lazat.Bertuahnya kita kerana mempunyai pelbagai kemahiran.

Sebagai guru,kita  mendapat set anak murid yang pelbagai tingkah laku ada yang seperti ubi empuk. Bertuahlah badan sebab mudah mengurus mereka.Jangan terkejut dan kecewa,jika  kita mendapat anak murid yang jenis tak empuk direbus.Sebenarnya kehadiran mereka telah mengundang kreativiti dan inovatif seorang guru.Kita perlu melengkapkan ilmu mengurus manusia agar mereka menjadi asset yang bernilai.Tak banggakah kita jika anak murid yang dulu kaki ponteng,melawan,malas dan macam-macam perangai kenakalan mereka menjadi murid yang membanggakan sekolah ?.Mereka telah berubah dan berjaya dibentuk lantaran usaha gigih   mendidik dan doa kita! Bertuahnya kita kerana ada mereka.

Alhamdullilah semoga Allah sentiasa memberkati kita yang bergelar guru.Semoga kita  terus dan sentiasa meningkatkan kesabaran dalam mendidik.
Bertuahnya kita  kerana adanya mereka yang bergelar murid.Tanpa murid  siapalah kita!
Doa kita kepada semua  yang bergelar murid : “ Semoga mereka menjadi insan cemerlang  di dunia dan akhirat. Amin! ”.

Guru ibarat cahaya.Mereka menerangi kita sepanjang jalan kehidupan.Tanpa guru ,kita ibarat berada di malam yang gelap gelita ,tanpa bulan dan bintang. Bertuahnya kita sebagai murid,kerana mempunyai guru.
Kepada semua guru  kita: “ Alhamdullilah anak muridmu  kini telah berjaya menjawat pelbagai jawatan. Menjadi  perdana menteri,doktor,peguam,ulama’ dan siapa sahaja,sejarahnya bermula daripada seorang guru. Bertuahnya kita mempunyai guru yang  sabar mendidik.Kita berjaya kerana berkat didikan guru. Terima kasih cikgu !

Doa untuk semua guru kita “ Semoga mereka berbahagia di dunia dan di akhirat.Mudahan-mudahan ilmu yang  cikgu  berikan menjadi amal  jariah dan mendapat keredhaan Illahi.Sekiranya mereka telah tiada lagi di dunia ini Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama  orang yang soleh. Al-Fatihah!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel di atas. Sila email kepada saya di. suwarnihassan54@gmail.com , untuk  berkongsi memori indah sebagai murid atau guru.Anda juga dialu-alukan menghantar pendapat atau teguran  di email berkenaan.Insyallah saya berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita mendapat  manafaat bersama dengan  blog ini. Insyallah. 



No comments:

Post a Comment