Saturday 12 October 2013

INDAHNYA SIFAT SABAR



     Sabarkah kita  dalam menjalani liku- liku kehidupan? bagi si Penyabar wawasannya hebat.. Syurga menantinya !
     Pernahkah  kita mendengar atau membaca kisah  kesabaran keluarga Sumaiyah ,Bilal  bin Rabah dan Mashita tukang sikat isteri Firaun dalam mempertahankan keimanan terhadap Allah ?
Allah berfirman dalam Surah Al-‘Asr  yang maksudnya :
1. “Demi masa.
 2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian .
3.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta  saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Jelaslah kepada kita sekiranya berhajat untuk berdakwah dan menasihati orang ,  senjata yang paling utama yang perlu ada dalam diri kita   ialah sifat SABAR. SABAR adalah senjata orang mukmin.

1 comment:

  1. salam Datin. Terima kasih atas ilmu integriti semalam. Selamat maju jaya selalu dan semoga sentiasa dalam lindungan rahmat ALLAH. Sudilah blogwalking ke blog sy cikgushasaz.blogspot.com

    ReplyDelete