Thursday 31 October 2013

Tip 4: Mengawal kemarahan:

Baginda Rasullulah s.a.w mempunyai akhlak paling mulia.Baginda mampu  mengawal kemarahan walau pun menerima pelbagai cabaran dan kutukan  semasa melaksanakan dakwah.

Firman Allah “ Maka maafkanlah (mereka)dengan cara yang baik.” (Surah Al-Hijr(15: 85)

Seringkali beginda tersenyum dan memaafkan kesalahan orang yang membuat baginda marah.Baginda mengingatkan pula sahabatnya dengan sabdanya :
“ Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah!” (Diriwayatkan oleh Bukhari 6116)

Rasulullah mampu memaafkan dan berbuat baik kepada musuhnya  walaupun baginda  berkuasa atas mereka . Sabda baginda  s.aw: “ Sesiapa yang menahan amarahnya,Allah akan membalasnya dengan menahan seksa darinya.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la 4338,Al—Baihaqi dalam Asy-Syu’ab 8311;lihat A-‘llal karya Ibnu Abu Hatim 1919 dan Majma’uz Zaawaid 10/298.

Selamat Mendidik: Ingatlah Surah  Yasin ayat 12:

 “Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang mati.Dan kami menulis apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas(jasa-jasa) mereka. Dan segala sesuatu kami buat  perhitungan dalam kitab yang terang.”
Sebagai guru   jagalah amanah yang diberi sebaik mungkin. Semoga segala segala usaha yang kita kerjakan dengan ikhlas mendapat pahala di sisi Allah.

No comments:

Post a Comment