Monday 9 April 2012

MENDIDIK GAYA RASULULLAH : TIP 2

MENDIDIK DENGAN LEMAH LEMBUT DAN KASIH SAYANG

Tugas mendidik /berdakwah   memerlukan nilai kesabaran yang  tinggi disamping guru itu sendiri memerlukan bekalan ilmu yang cukup agar mampu berdepan dengan cabaran/rintang dan onak dan duri yang perlu dilalui sepanjang laluan pendidikan.

Sebagai guru yang unggul nabi Muhammad S.A.W. mempunyai sifat-sifat pendidik yang terhebat.  Perawakan baginda lemah lembut dan penuh kasih sayang. Keadaan ini dijelaskan daripada firman Allah dari surah Al-Taubah ayat 128  maksudnya ,
 “Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu,(dan) ia pula menumpukan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
Jadi kalau nak mendidik mengikut gaya Rasulullah ,cuba lihat bagaimana perawakan kita.Apakah kita mendidik dengan lemah lembut dan kasih sayang terhadap murid kita yang pelbagai ragam . Kalau rasa-nya kita kasar dan garang .Cuba berusaha ubah watak kita. “Huh... bukan senang nak ubah perangai kita yang dah sebati berpuluh tahun tu,” keluh rakan guruku. Memang sukar nak ubah tapi takkan lah kita lebih teruk daripada orang Arab jahiliah dulu.Bukankah peribahasa Melayu ada mengatakan ‘belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga.” Jadi jangan putus asa,terus berusaha memperbaiki akhlak diri.
Didiklah anak murid kita dengan penuh kasih sayang.Anggaplah murid kita itu sebagai anak/adik/kaum kerabat yang kita sayang. Jadi tak hairanlah kalau pihak kementerian atau jabatan pendidikan mengarahkan adanya program penyayang di sekolah-sekolah.Bila adanya murid merasakan mereka disayangi ,semangat nak ke sekolah berkobar-kolarlah di hati mereka.Jadi bolehlah kita melihat murid berlari-lari untuk  ke sekolah   bukan berlari dari sekolah.Murid seronok ke sekolah kerana kehadiran mereka   ditunggu dengan senyuman bukan herdikan guru  disiplin.
Kita kena angkat tabik pada guru-guru yang mendidik dan melayan muridnya dengan kasih sayang. Bayangkan kehebatan guru kita; kalau murid menangis ,gurulah tukang pujuknya.Murid sakit  gurulah jadi doktornya.Murid luka gurulah jadi nurse membalut luka.Kalau kita tak tahu gurulah yang mengajarnya. Kalau terkucil gurulah yang membantunya.....Guru yang macamni percayalah ,sampai mati anak murid mengingatinya.Kalau murid  tak ingatlah  kasih sayang guru ...memanglah jenis kacang lupakan kulit.
Jadi wahai rakan-rakan guru fikirkan lah bagaimana hendak  mendidik dan menunjukkan kasih sayang pada anak didik kita. Selamat memberi aura kasih sayang.

No comments:

Post a Comment