“ Bas..bas.. car..car...” sebutan itu keluar dari mulut si kecil yang baru belajar bercakap apabila melihat kenderaan yang lalu lalang.
Tiba-tiba kami terpandang sesuatu di tengah jalan.
“ Eh.. musang mati kena langgar !” kataku terhenti melihat bangkai musang dari tepi jalan.
“ Kita kena buang bangkai musang ni, kesihan nanti Bangkai ini hancur dan bersepah-sepah dijalan kerana dilanggar oleh kereta yang lalu lalang” celah suamiku.
“ Memanglah kesihan ,tapi bahaya kalau abang hendak membuangnya ,kereta banyak ,tambah pula jalan ni selekoh. Bahaya !” bantahku.
“Tidak mengapa,Insyalah ,ok” jelas suami ku sambil mencari sesuatu di dalam tong sampah yang boleh digunakan untuk mengambil bangkai musang berkenaan.
Sedang suami ku terkial-kial berusaha untuk membuang bangkai musang itu,tiba-tiba sebuah kereta Kancil berhenti.Muncul seorang pemuda,tinggi lampai dan berkaca mata hitam. “ Assalamulaikum , Tidak mengapa Pa’Cik biar saya buangkan bangkai ini”,tegur anakmuda tadi. Dengan pantas bangkai itu dibuangnya ke dalam semak di tepi jalan.
“ Waalaikumsalam. Terima kasih anak muda,hebat kamu.Cepat dan pantas,macam sudah biasa je” balas suamiku.
“Oh.. memang habit saya, kalau nampak binatang kena langgar di jalan saya mesti berhenti untuk buangkan.Saya kesihan tengok kucing atau binatang lain yang mati kena langgar itu dilanggar berkali-kali oleh kereta yang lalu lalang. Jelas anak muda itu lagi. “ Pernah di jalan sibuk, saya blok kereta saya tengah-tengah jalan agar semua kereta berhenti. Barulah boleh saya buang bangkai berkenaan.”tambahnya lagi.
“Tahniah orang muda! Akhlak yang mulia.Niatkan ikut sunnah nabi,Insyallah dapat pahala.” balas suamiku. Anak muda itu tersenyum. “ Terima kasih Pak Cik,saya beredar dahulu.Assalamulaikum” balas anak muda tadi.
“Waalaikum salam.”Balas suamiku,sambil melambai mengangkat tangan ke arah anak muda yang telah pun masuk ke keretanya.
“ Siapa nama anak muda tadi,bang? Pada zaman ini ada juga anak muda yang berakhlak mulia”.Saya bertanya.
“ Entahlah...abang tak sempat nak bertanya namanya.” Balas suamiku.
“Semoga Allah terima amalannya.Pahala membuat kebaikan .Bukankah nabi bersabda “ Perbanyakkan bersedekah ,sekurang-kurang membuang duri dijalan, bagi memudahkan orang lalu lalang . Jalan raya sekarang mana ada kayu, jadi bangkai tu bolehlah dikira kayu juga yang mengganggu laluan lalu lalang orang.” Jelas suamiku panjang lebar.
Kami meneruskan jogging kami.Di benak ku terbayang bagaimana anak muda itu begitu pantas merebut pahala di pagi Jumaat. “Ruginya aku,kenapa ,lepaskan pahala di jalan tadi..” hatiku berkata. “Tidak mengapa, Esok masih ada .Insyallah , aku pula merebut pahala yang lain pula.” Hati ku cuba melegakan perasaan kesal yang mengganggu dibenakku.
Hadith ke 120 dari kitab Riyadh Solihin jilid 1:Nabi Muhammad S.A.W. bersabda diriwayatkan oleh Abi Zar Jundub b.Junadah R.A “ Telah diperlihatkan kepadaku segala amalan umatku samada makruf atau mungkar.Diantaranya amalan yang baik ialah membuang sesuatu yang merbahaya di jalanraya manakala amalan yang tidak baik ialah berkahak di masjid yang tidak ditimbus.” ... |
No comments:
Post a Comment