MENDIDIK GAYA RASULULLAH: TIP 1
Tahukah kita bahawa Rasulullah itu adalah seorang guru? Sebenarnya Baginda Rasulullah sendiri mengakui bahawa diri beliau adalah guru melalui hadithnya “ bahawasanya daku diutuskan sebagai guru.” Jadi sesiapa sahaja yang bergelar guru patut rasa bersyukur kerana mengikut sunnah nabi .
Walaupun baginda seorang yang buta huruf kehebatan Rasulullah sebagai guru tiada tandingannya. Baginda Rasullulah berjaya merobah keadaan bangsa Arab daripada tabiat yang buruk,kasar dan suasana jahiliah kepada satu bangsa yang baik akhlaknya serta akur dengar ajaran Islam. Macam mana kita yang bergelar guru, rasa tidak ada guru yang buta huruf. Ramai di antara kita yang lulus university ada yang sehingga bergelar doctor falsafah,tak kurang yang ada master dan degree,paling tidak lepasan SPM. Tak kiralah apa kelulusan ,yang penting kita kenalah berguru dan mengkaji bagaimana Rasullulah boleh menjadi guru yang agung walaupun baginda seorang ummi.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh Baginda dalam melaksanakan tugas sebagai guru/pendakwah. Semua dugaan ini baginda tempuhinya dengan penuh kesabaran. Berkat kesabaran ini ,baginda rasullulah sentiasa mendapat pertolongan Allah dalam mengharungi , onak dan duri .
Wahai mereka yang bergelar guru, bagaimanakah darjah kesabaran kita. Apakah kita sesabar Rasulullah.Tentulah kita tak sehebat Baginda,jauh panggang dari api .Tapi sekurang-kurangnya kita perlu tingkatkan kesabaran ketika hendak melentur anak didik yang kita lebelkan banyak yang tak makan saman tu!. Rasanya taklah murid-murid kita tu teruk sangat. Ramai murid kita nakal bukan jahat,apatah lagi semacam orang Arab di zaman jahiliah dulu yang berperangai buruk dan kasar.
Nampak gayanya tip 1 penting, nak jadi guru hebat kita mesti SABAR dengan pelbagai kerenah murid kita. Tidak ada jalan pintas.Berkat kesabaran barulah datang pertolongan Allah. Jika Allah dah datangkan pertolongannya Insyallah kita mampu menjadi guru yang hebat yang mampu menghadapi apa sahaja bentuk tsunami yang mendatang.
Selamat Berusaha menjadi guru yang hebat ......KESABARANnya.
Jangan lupa berdoa dan mohon pada Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.
No comments:
Post a Comment