Tuesday 24 April 2012


MENDIDIK GAYA RASULULLAH : TIP 3

Cara Penyampaian : Suara Jelas dan Lancar serta Mengulangi  3X

Semua  akhlak terbaik sebagai guru yang unggul terdapat pada diri Rasullulah. Baginda seorang yang cerdik dan pintar dan mempunyai idea yang bernas.Sebagai guru , Baginda sentiasa berlapang dada untuk mengajar.  Pengajaran baginda sangat  menarik.Suara baginda jelas dan lancar ketika menyampaikan dakwah.Semua faktor-faktor inilah menjadikan baginda Rasulullah sebagai guru yang berkesan.

 Keistimewaan baginda  sebagai pendidik  yang hebat  dijelaskan  oleh   Sayyidatina A’isyah,  “Tidaklah Baginda bercakap tergopoh-gapah seperti tergopoh-gapahnya percakapan kamu (kerana perkara ini mewariskan kesamaran kepada para pendengar dan sukar untuk memahami dan mengingatinya). Baginda bercakap secara jelas dan orang yang duduk bersama Baginda boleh menghafalnya.

  Sebagai pendidik kita perlulah mengajar dengan  tenang dan suara perlulah jelas serta mengulangi  perkataan supaya mudah difahami oleh anak murid kita. Cara  inilah yang ditunjukkan oleh Rasullah ketika mendidik. Mengikut Sayyidina Anas bin Malik ; “Rasullullah mengulangi satu perkataan yang diucapkannya sebanyak tiga kali agar mudah difahami.

Teknik mendidik Rasulullah ini   bukan sahaja patut  dicontohi oleh semua guru, malah para ibu bapa  juga boleh menggunakan teknik ini ketika mendidik anak-anak. Kita sering kali naik angin apabila pengajaran atau arahan  kita sukar diikuti.. Kadang kala kita mengeluh “Kenapalah lembab sangat nak faham apa yang aku ajar atau suruh ini. Bukan susah sangat!” .  Terfikirkah kita kemungkinan masalah ini timbul lantaran suara atau cara penyampaian kita yang tidak jelas?.Jadi sebelum kita semua hilang punca, jom  sama-sama semak  cara kita menyampaikan didikan .

Cara Penilaian Kendiri  Pengajaran:

       I.            Sebagai guru bolehlah bertanya pada murid cara pengajaran kita “ Ok  ke tidak.” Tetapi biasanya murid kita kadang-kadang takut hendak beritahu keadaan sebenar. Jadi biasanya murid yang berani bercakap akan kata “Faham!” tapi mereka yang tidak faham senyap sahaja.

    II.             Cara lain boleh juga buat borang penilaian diri,(soal selidik).Selepas mengajar ,minta anak murid kita buat penilaian.Macam mana pengajaran kita.Sebagai guru yang hebat,jangan pula naik angin jika hasil penilaian tidak memihak kepada kita. Kita perlu berlapang dada menerima komen .Yang lebih penting perbaiki kekurangan yang mana ada.

 III.            Rekodkan pengajaran kita menggunakan kaset.Lepas itu kita dengar semula pengajaran  kita dan  buat penilaian semula secara jujur. Mungkin cara ini kita sahaja  yang tahu. Bila dengar semula baru kita tahu, bagaimana sebenarnya suara kita ketika menyampaikan pengajaran apakah jelas atau sebaliknya, intonasi suara menarik atau membosankan?Perbaiki semula mana-mana yang kurang dan perkukuhkan mana-mana yang dirasakan baik supaya menjadi lebih baik. Jika berani minta pihak lain menilai bagi membantu kita.

Berusahalah sentiasa memperbaiki diri. Sesungguhnya kita tidak sempurna.Paling penting kita ada KPI yang perlu dicapai.Contohi cara mendidik Rasulullah. Insyallah kita mampu melakukan yang terbaik.


No comments:

Post a Comment