Thursday 31 October 2013

Tip 4: Mengawal kemarahan:

Baginda Rasullulah s.a.w mempunyai akhlak paling mulia.Baginda mampu  mengawal kemarahan walau pun menerima pelbagai cabaran dan kutukan  semasa melaksanakan dakwah.

Firman Allah “ Maka maafkanlah (mereka)dengan cara yang baik.” (Surah Al-Hijr(15: 85)

Seringkali beginda tersenyum dan memaafkan kesalahan orang yang membuat baginda marah.Baginda mengingatkan pula sahabatnya dengan sabdanya :
“ Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah!” (Diriwayatkan oleh Bukhari 6116)

Rasulullah mampu memaafkan dan berbuat baik kepada musuhnya  walaupun baginda  berkuasa atas mereka . Sabda baginda  s.aw: “ Sesiapa yang menahan amarahnya,Allah akan membalasnya dengan menahan seksa darinya.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la 4338,Al—Baihaqi dalam Asy-Syu’ab 8311;lihat A-‘llal karya Ibnu Abu Hatim 1919 dan Majma’uz Zaawaid 10/298.

Selamat Mendidik: Ingatlah Surah  Yasin ayat 12:

 “Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang mati.Dan kami menulis apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas(jasa-jasa) mereka. Dan segala sesuatu kami buat  perhitungan dalam kitab yang terang.”
Sebagai guru   jagalah amanah yang diberi sebaik mungkin. Semoga segala segala usaha yang kita kerjakan dengan ikhlas mendapat pahala di sisi Allah.

Monday 21 October 2013

<iframe src="http://www.slideshare.net/slideshow/embed_code/>
KELEBIHAN SIFAT SABAR

1. Hati jadi tenang.Dengan ingat Allah hati jadi senang.
2.  Sentiasa dapat petunjuk daripada Allah.
3.  Merasai nikmat tenang dalam amal ibadat.
4.   Akan lebih mendekati Allah S.W.T


SITUASI YANG MEMERLUKAN KESABARAN:

I. Sabar dalam mentaati perintah Allah sebab kita terpaksa melawan nafsu sendiri.
II. Sabar dalam menghindar maksiat
III. Sabar ketika ditimpa musibah.

 Bagaimana penyabarnya Rasulullah;

 Diantara kisah kesabaran  Rasulullah bilamana ketika baginda solat ,belakang baginda diletakkan perut unta dan orang arab badwi menarik serban Rasulullah sehingga berbekas mer ah di leher baginda. Untuk bersabar nabi banyak solat tahjud. Bangun malam untuk beribadat akan menghidupkan hati.

Saturday 12 October 2013

INDAHNYA SIFAT SABAR



     Sabarkah kita  dalam menjalani liku- liku kehidupan? bagi si Penyabar wawasannya hebat.. Syurga menantinya !
     Pernahkah  kita mendengar atau membaca kisah  kesabaran keluarga Sumaiyah ,Bilal  bin Rabah dan Mashita tukang sikat isteri Firaun dalam mempertahankan keimanan terhadap Allah ?
Allah berfirman dalam Surah Al-‘Asr  yang maksudnya :
1. “Demi masa.
 2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian .
3.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta  saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Jelaslah kepada kita sekiranya berhajat untuk berdakwah dan menasihati orang ,  senjata yang paling utama yang perlu ada dalam diri kita   ialah sifat SABAR. SABAR adalah senjata orang mukmin.