Thursday, 13 December 2012


PERMATA PAGI

 Ini merupakan himpunan ayat-ayat Al Quran (terjemahan) yang menyentuh hatiku ketika Imam Masjid Shah Alam membacanya setiap pagi selepas solat subuh.

14. Dec 2012:
 Juzu’ 11 , Surah Yunus, Ayat 61

Segala Perbuatan Manusia  Tidak Terlepas Daripada Pengawasan  Allah:

“ Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan,melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah(atom), di bumi atau di langit.Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan(semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).”
Pengajaran:
1.    Setiap pekerjaan yang kita lakukan samada baik atau buruk semuanya  diketahui oleh Allah. Keadaan ini kerana Allah menyediakan pengawas yang  menyaksikan dan mencatat segala perbuatan kita.
Jadi lakukanlah  sebanyak mungkin kebaikan dalam hidup kita sebab  inilah yang kita akan bawa bila mengadap Allah nanti. Taklah nak gagal ujian kot!
 Dalam ayat ini menerangkan wujudnya di alam ini pelbagai benda yang  tidak dapat dilihat oleh  mata kasar kecuali menggunakan alat mikroskop. Ketika turutnya ayat ini tentunya tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu bahawa adanya benda- benda sehalus  atom.
2.    Hebatnya Al- Quran sebagai  suatu mujizat dan bukti yang ianya  kalamullah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.
 Apa lagi ditunggu jom le kita baca Al Quran dan baca terjemahannya setiap pagi . Kita gali ilmu yang ada untuk kita menjadi insan yang hebat. Cemerlang  Di Dunia dan Cemerlang di Akhirat. Insyallah !

Sunday, 9 December 2012

FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:



                                        MAS KAHWIN  UNTUK WANITA


3.    Surah 4  An- Nisa :Ayat 4:   " Dan berikanlah olehmu mas kahwin  kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian  dengan penuh kerelaan. Selepas itu, sekiranya mereka menyerahkan  kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin berkenaan dengan senang hati, maka ambillah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati."

Penjelasan:

 
I.    Firman Allah ini ditujukan kepada pihak suami.Pihak suami dikehendaki memberi mas kahwin  kepada wanita yang dinikahi Pemberian ini dengan hati yang suci dan bersih sebagai sebagai tanda ikatan kasih sayang.

 
II.    Sekiranya isteri berkenaan berlapang dada untuk memberikan sebahagian daripada mas kahwin itu kepada suaminya,maka tiada dihalang menerimanyaa.

Thursday, 6 December 2012

WANITA DAN AL QURAN

WANITA DAN AL QURAN
 
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:


2.    Surah 4  An- Nisa :Ayat 3:     Dan sekiranya kamu bimbang tidak akan mampu berlaku adil terhadap hak-hak   perempuan  yatim (ketika kamu menikahinya), maka kahwinilah perempuan lain yang kamu senangi: dua ,tiga atau empat. Tetapi sekiranya kamu bimbang tidak akan berlaku adil, memadai menikahi seorang sahaja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang  demikian lebih hampir agar kamu tidak berbuat zalim.
Penjelasan:

I.    Sekiranya kamu takut memakan harta anak yatim yang menjadi isteri kamu,maka jangan kamu mengahwininya.

II.    Dibenarkan kamu mengahwini perempuan lain yang kamu berkenan dua, tiga atau empat.

III.    Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil ,hanya dibenarkan beristeri seorang sahaja atau mengambil hamba sahaya sebagai isteri.Keadaan ini  boleh  mengelakkan suami  daripada  bertindak zalim,tidak adil dan menganiaya.

Monday, 3 December 2012

WANITA DAN AL QURAN
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:

1.      Surah 4  An- Nisa:Ayat 1:    Wahai manusia ! Bertakwalah kepadaTuhanmu yang telah menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan daripadanya isterinya (Hawa) ; dan (lalu) daripada keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan menyebut namaNya, dan ( peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah itu selalu menjaga dan mengawasimu.

Penjelasan: 
                                 I.            Dalam surah ini Allah menyeru manusia supaya bertakwa kepada Allah iaitu takutkan Allah dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
                              II.            Allah menjadikan isteri Nabi Adam iaitu Siti Hawa daripada dirinya iaitu daripada tulang rusuk kirinya yang pendek. Daripada kedua mereka itu (Nabi Adam dan Siti Hawa) berkembang dengan banyaknya umat manusia iaitu lelaki dan perempuan.
                           III.            Allah memerintahkan agar takutkanNya kerana kepada Allahlah kita selalu memohon pertolongan dengan menyebut namaNya.
                           IV.            Kita dikehendaki takutkan Allah daripada memutuskan tali silaturahim.
                              V.            Alllah sentiasa memerhatikan dan mengawasi  kamu

Wednesday, 6 June 2012


RESIPI KLASIK
Resipi ini saya pelajari dari seorang sahabat yang sangat ‘ power’ dalam masakan.Alhamdulilah beliau bersetuju untuk berkongsi ilmu masakannya melalui laman blog.Semoga ilmu beliau boleh dimanafaatkan bersama .Semoga usaha murni ini diberkati Allah.
1.Poly Ubi.
Resipi yang paling mudah untuk disediakan tapi rasanya sangat enak. Sesuai untuk sajian pembasuh mulut atau minuman petang. Sekali cuba pasti nak lagi.
1.       1 mangkuk ubi parut yang dibuang air, campur dengan setengah camca teh air kapur.
Potong keci-kecil ubi kayu dan blender dengan sedikit air.Blender hingga hancur.Jika tak ada blender boleh juga parut.Tapi kata sahabat saya blender lagi cantik sebab ubinya halus. Tapis  ubi tadi agar airnya keluar. Tapis jangan kering sangat nanti keras pula kuih...agak-agak  je!. Campur semula sagu yang mendak dari air tapisan.Air ubi tadi buang je. 
        2.       Bungkus ubi parut dengan daun pisang yang telah dilayur. Bungkus macam lepat pisang  tapi agak besar.Kukus sampai masak.
3.       Buat air gula Melaka/ gula kerek. Bubuh air agak-agak nak tenggelam gula Melaka/gula kerek.Masuk gula pasir sedikit. Masak hingga pekat.
4.        Keluarkan ubi kukus tadi dan potong serta gaulkan dengan kelapa parut yang dibubuh sedikit garam.Pastikan kelapa dibuang ari.
5.       Hidangkan poly ubi ini dengan air gula Melaka. 

Rasanya seakan-akan kuih lopez tapi  kepada pencinta  ubi, ini lagi power.Selamat mencuba!



1.Ubi kayu dipotong kecil dan dikisar .                  








  2.Ubi kisar ditapis.
   

  3.Ubi yang di tapis + air kapur.






        4.Adunan ubi dibungkus dengan daun pisang.

5.Ubi yang dibungkus,sedia untuk dikukus.    










6.Ubi yang telah masak .









  7. Ubi yang telah masak dipotong dan gaul Kelapa parut                                                                            

                                                                                                                 
7.Poly Ubi yang siap untuk dihidang dan dimakan dengan  air gula Melaka.









3.Ubi yang telah ditapis + air kapur.       

Wednesday, 25 April 2012


Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W 

Tarikh  :  9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah

Tempat:   Lembah Uranah, Gunung Arafah.

Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.

Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.

Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.

Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.

Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.

Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.

Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.

Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.

Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.

Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.

Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.

Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.

Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Tuesday, 24 April 2012


MENDIDIK GAYA RASULULLAH : TIP 3

Cara Penyampaian : Suara Jelas dan Lancar serta Mengulangi  3X

Semua  akhlak terbaik sebagai guru yang unggul terdapat pada diri Rasullulah. Baginda seorang yang cerdik dan pintar dan mempunyai idea yang bernas.Sebagai guru , Baginda sentiasa berlapang dada untuk mengajar.  Pengajaran baginda sangat  menarik.Suara baginda jelas dan lancar ketika menyampaikan dakwah.Semua faktor-faktor inilah menjadikan baginda Rasulullah sebagai guru yang berkesan.

 Keistimewaan baginda  sebagai pendidik  yang hebat  dijelaskan  oleh   Sayyidatina A’isyah,  “Tidaklah Baginda bercakap tergopoh-gapah seperti tergopoh-gapahnya percakapan kamu (kerana perkara ini mewariskan kesamaran kepada para pendengar dan sukar untuk memahami dan mengingatinya). Baginda bercakap secara jelas dan orang yang duduk bersama Baginda boleh menghafalnya.

  Sebagai pendidik kita perlulah mengajar dengan  tenang dan suara perlulah jelas serta mengulangi  perkataan supaya mudah difahami oleh anak murid kita. Cara  inilah yang ditunjukkan oleh Rasullah ketika mendidik. Mengikut Sayyidina Anas bin Malik ; “Rasullullah mengulangi satu perkataan yang diucapkannya sebanyak tiga kali agar mudah difahami.

Teknik mendidik Rasulullah ini   bukan sahaja patut  dicontohi oleh semua guru, malah para ibu bapa  juga boleh menggunakan teknik ini ketika mendidik anak-anak. Kita sering kali naik angin apabila pengajaran atau arahan  kita sukar diikuti.. Kadang kala kita mengeluh “Kenapalah lembab sangat nak faham apa yang aku ajar atau suruh ini. Bukan susah sangat!” .  Terfikirkah kita kemungkinan masalah ini timbul lantaran suara atau cara penyampaian kita yang tidak jelas?.Jadi sebelum kita semua hilang punca, jom  sama-sama semak  cara kita menyampaikan didikan .

Cara Penilaian Kendiri  Pengajaran:

       I.            Sebagai guru bolehlah bertanya pada murid cara pengajaran kita “ Ok  ke tidak.” Tetapi biasanya murid kita kadang-kadang takut hendak beritahu keadaan sebenar. Jadi biasanya murid yang berani bercakap akan kata “Faham!” tapi mereka yang tidak faham senyap sahaja.

    II.             Cara lain boleh juga buat borang penilaian diri,(soal selidik).Selepas mengajar ,minta anak murid kita buat penilaian.Macam mana pengajaran kita.Sebagai guru yang hebat,jangan pula naik angin jika hasil penilaian tidak memihak kepada kita. Kita perlu berlapang dada menerima komen .Yang lebih penting perbaiki kekurangan yang mana ada.

 III.            Rekodkan pengajaran kita menggunakan kaset.Lepas itu kita dengar semula pengajaran  kita dan  buat penilaian semula secara jujur. Mungkin cara ini kita sahaja  yang tahu. Bila dengar semula baru kita tahu, bagaimana sebenarnya suara kita ketika menyampaikan pengajaran apakah jelas atau sebaliknya, intonasi suara menarik atau membosankan?Perbaiki semula mana-mana yang kurang dan perkukuhkan mana-mana yang dirasakan baik supaya menjadi lebih baik. Jika berani minta pihak lain menilai bagi membantu kita.

Berusahalah sentiasa memperbaiki diri. Sesungguhnya kita tidak sempurna.Paling penting kita ada KPI yang perlu dicapai.Contohi cara mendidik Rasulullah. Insyallah kita mampu melakukan yang terbaik.