Monday, 27 February 2012

MENDIDIK GAYA RASULULLAH: TIP 1

MENDIDIK GAYA RASULULLAH: TIP 1
Tahukah kita bahawa Rasulullah itu adalah seorang guru? Sebenarnya Baginda Rasulullah sendiri mengakui   bahawa  diri beliau adalah guru melalui hadithnya “ bahawasanya daku diutuskan sebagai guru.”  Jadi sesiapa sahaja yang bergelar guru patut rasa bersyukur kerana mengikut sunnah nabi .
Walaupun baginda  seorang  yang buta huruf  kehebatan Rasulullah  sebagai guru   tiada tandingannya. Baginda Rasullulah  berjaya  merobah keadaan bangsa Arab  daripada  tabiat yang buruk,kasar dan suasana jahiliah kepada satu bangsa yang baik akhlaknya serta akur dengar ajaran Islam. Macam mana kita yang bergelar guru, rasa tidak ada guru yang buta huruf. Ramai di antara kita yang lulus university ada yang sehingga  bergelar doctor falsafah,tak kurang yang ada master dan degree,paling tidak lepasan SPM. Tak kiralah  apa kelulusan  ,yang penting  kita kenalah berguru  dan  mengkaji bagaimana Rasullulah boleh menjadi guru yang agung walaupun baginda seorang ummi.
Pelbagai cabaran dan rintangan  yang terpaksa ditempuhi oleh Baginda dalam melaksanakan tugas  sebagai guru/pendakwah. Semua dugaan ini  baginda tempuhinya dengan penuh kesabaran. Berkat kesabaran ini ,baginda rasullulah  sentiasa mendapat pertolongan Allah  dalam mengharungi , onak dan duri .
Wahai mereka yang bergelar guru, bagaimanakah  darjah kesabaran kita. Apakah kita sesabar Rasulullah.Tentulah kita tak sehebat Baginda,jauh panggang dari api .Tapi sekurang-kurangnya kita perlu tingkatkan kesabaran  ketika hendak melentur anak didik yang kita lebelkan  banyak yang tak makan saman tu!. Rasanya taklah murid-murid kita tu  teruk sangat. Ramai murid kita nakal  bukan jahat,apatah lagi  semacam orang Arab di zaman jahiliah dulu yang berperangai buruk  dan kasar.
Nampak gayanya tip 1 penting, nak jadi guru hebat kita mesti SABAR dengan pelbagai kerenah murid kita. Tidak ada jalan pintas.Berkat kesabaran barulah datang pertolongan Allah. Jika Allah dah datangkan pertolongannya Insyallah  kita mampu menjadi guru yang hebat yang mampu menghadapi  apa sahaja bentuk tsunami yang mendatang.
Selamat Berusaha menjadi  guru yang hebat ......KESABARANnya.
Jangan lupa  berdoa dan mohon pada Nya. Sesungguhnya  Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.

Sunday, 29 January 2012

   “   Ketahuilah bahawa yang dikatakan kebaikan itu bukanlah bertambahnya harta benda dan anakmu,melainkan adalah bertambahnya ilmu pengetahuan.” –(Sayidina Ali)

BERTUAHNYA KITA


Bertuahnya kita kerana terpilih menjadi  guru. Kita disapa  setiap pagi.
Assalamulaikum Cikgu! Selamat Pagi Cikgu!” Itulah ucapan   yang sangat biasa kepada murid tetapi ucapan keramat kepada Guru.Sepanjang langkah diatur di kawasan sekolah itulah Ucapan Keramat  murid kepada kita .Bahagianya kita bergelar Guru.Jika kita berada di laluan murid jenuhlah kita menjawabnya “ Waalaikum Salam ! Selamat Pagi!”.  

Ucapan Keramat itu jugalah  pembuka bicara murid semasa kita masuk  ke kelas. Mereka menyedari kehadiran  kita,mereka menghargai GURUnya.Bertuahnya kita bergelar guru! Kehadiran kita dinantikan.
“Assalamulaikum Cikgu! Selamat  Pagi Cikgu! Cikgu hendak beli apa?” Tegur seorang peniaga di pasar.Tersentak kita apabila mendengar sapaan ini.Rupanya di luar sekolah pun kita dipanggil Cikgu! oleh bekas murid kita. Bertuahnya kita kerana anak murid masih mengenali kita.

“Puan ini seorang guru ke?” Tanya seorang pelanggan di sebuah bank . “Macam mana puan tahu saya seorang guru” balasku. “Riak muka  dan gaya serta percakapan seorang guru ,boleh dikenali berbeza dengan orang lain.”jelasnya. Bertuahnya kita sebagai guru. Rupanya aura seorang guru itu dibawa  kemana-mana tanpa mengira masa dan tempat.Tidak hairanlah kita, sekali kita bergelar guru,sampai-bila-bila dipanggil Cikgu.

Cikgu ! Ingat saya lagi tak? Saya murid cikgu 8 tahun lepas.Cikgulah selalu tegur dan nasihatkan saya dulu! Saya dah jadi polis! Ini anak saya. Umurnya baru 8 bulan.”Tegur seorang bekas muridku ketika terserempak di sebuah pasaraya.” “Alhamdullilah ! Tahniah! Semoga menjadi anggota polis yang terbaik,suami yang baik dan bapa yang baik”balasku.

“Kamu masih ingat pesan cikgu dulu?” Tanyaku. “Tentulah ingat! Jom Solat setiap waktu dan baca Quran setiap hari! Terima kasih Cikgu!” balasnya. Alhamdullilah tiada perkara yang paling menggembirakan seorang  guru kepada anak muridnya melainkan melihat  kejayaan anak muridnya. Bertuahnya kita penat lelah kita membuahkan hasil.

Pekerjaan sebagai guru ibarat seorang tukang masak.Kadang-kala kita rasa kecewa bila ubi yang kita rebus tak empuk-empuk.Berjam-jam,sampai berkilat isinya tetapi tak empuk-empuk juga.Jika terbeli ubi begini jangan kecewa.Parut sahaja, diperah isinya dan buang airnya.Campur isi ubi kayu dengan santan dan gula Melaka.Kalau adunan ini dikukus jadilah kuih talam ,jika dibakar jadilah kuih bengkang.Rasanya jauh lebih sedap daripada ubi rebus tadi.Sebenarnya ubi yang jenis tak empuk ini kalau rajin dan sabar  mempelbagaikan cara masakannya,mampu menghasilkan pelbagai kuih yang lazat.Bertuahnya kita kerana mempunyai pelbagai kemahiran.

Sebagai guru,kita  mendapat set anak murid yang pelbagai tingkah laku ada yang seperti ubi empuk. Bertuahlah badan sebab mudah mengurus mereka.Jangan terkejut dan kecewa,jika  kita mendapat anak murid yang jenis tak empuk direbus.Sebenarnya kehadiran mereka telah mengundang kreativiti dan inovatif seorang guru.Kita perlu melengkapkan ilmu mengurus manusia agar mereka menjadi asset yang bernilai.Tak banggakah kita jika anak murid yang dulu kaki ponteng,melawan,malas dan macam-macam perangai kenakalan mereka menjadi murid yang membanggakan sekolah ?.Mereka telah berubah dan berjaya dibentuk lantaran usaha gigih   mendidik dan doa kita! Bertuahnya kita kerana ada mereka.

Alhamdullilah semoga Allah sentiasa memberkati kita yang bergelar guru.Semoga kita  terus dan sentiasa meningkatkan kesabaran dalam mendidik.
Bertuahnya kita  kerana adanya mereka yang bergelar murid.Tanpa murid  siapalah kita!
Doa kita kepada semua  yang bergelar murid : “ Semoga mereka menjadi insan cemerlang  di dunia dan akhirat. Amin! ”.

Guru ibarat cahaya.Mereka menerangi kita sepanjang jalan kehidupan.Tanpa guru ,kita ibarat berada di malam yang gelap gelita ,tanpa bulan dan bintang. Bertuahnya kita sebagai murid,kerana mempunyai guru.
Kepada semua guru  kita: “ Alhamdullilah anak muridmu  kini telah berjaya menjawat pelbagai jawatan. Menjadi  perdana menteri,doktor,peguam,ulama’ dan siapa sahaja,sejarahnya bermula daripada seorang guru. Bertuahnya kita mempunyai guru yang  sabar mendidik.Kita berjaya kerana berkat didikan guru. Terima kasih cikgu !

Doa untuk semua guru kita “ Semoga mereka berbahagia di dunia dan di akhirat.Mudahan-mudahan ilmu yang  cikgu  berikan menjadi amal  jariah dan mendapat keredhaan Illahi.Sekiranya mereka telah tiada lagi di dunia ini Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama-sama  orang yang soleh. Al-Fatihah!

Assalamualaikum wbt. Alhamdulillah kerana sudi membaca artikel di atas. Sila email kepada saya di. suwarnihassan54@gmail.com , untuk  berkongsi memori indah sebagai murid atau guru.Anda juga dialu-alukan menghantar pendapat atau teguran  di email berkenaan.Insyallah saya berlapang dada untuk membacanya. Semoga kita mendapat  manafaat bersama dengan  blog ini. Insyallah. 



ILMU

"Harta benda akan berkurangan jika dibelanjakan,sedangkan ilmu pengetahuan   itu akan bertambah-tambah jika kita berikan kepada orang lain.” –(Sayidina Ali)

Saturday, 28 January 2012

SUNNAH RASULULLAH KETIKA MAKAN

Rasulullah SAW adalah suri tauladan umat dalam berbagai aspek kehidupan. Dalam hal kesehatan, ajaran-ajaran beliau sudah banyak dibuktikan oleh penelitian-penelitian modern akan kebenaran manfaatnya yang besar. Salah satu ajaran beliau adalah adab-adab makan yang membawa kesehatan dan keberkahan sepanjang zaman.
Diantara adab-adab makan yang Rasulullah SAW ajarkan adalah :

1. Tidak mencela makanan yang tidak disukai.
Abu Hurairah ra. berkata : “Rasulullah SAW tidak pernah sedikit pun mencela makanan. Bila beliau berselera, beliau memakannya. Dan jika beliau tidak menyukainya, maka beliau meninggalkannya.” (HR. Bukhari Muslim) Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah berkata kepada keluarganya (istrinya) tentang lauk pauk. Mereka menjawab : “Kami hanya punya cuka”. Lalu beliau memintanya dan makan dengannya, seraya bersabda : “Sebaik-baik lauk pauk ialah cuka (al-khall), sebaik-baik lauk pauk adalah (yang mengandung) cuka.” (HR. Muslim). Penelitian Dr. Masaru Emoto dari Jepang dalam bukunya ’The True Power of Water’ menemukan bahwa unsur air ternyata hidup. Air mampu merespon stimulus dari manusia berupa lisan maupun tulisan. Ketika diucapkan kalimat yang baik atau ditempelkan tulisan dengan kalimat positif, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang indah dan bisa memiliki daya sembuh untuk berbagai penyakit. Sebaliknya, jika diucapkan maupun ditempelkan kalimat umpatan, celaan atau kalimat negatif lainnya, maka air tersebut akan membentuk struktur kristal yang jelek dan bisa berpengaruh negatif terhadap kesehatan.

2. Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan.
 Rasulullah SAW bersabda : “Barang siapa yang tertidur sedang di kedua tangannya terdapat bekas gajih/lemak (karena tidak dicuci) dan ketika bangun pagi ia menderita suatu penyakit, maka hendaklah dia tidak menyalahkan kecuali dirinya sendiri.”

3. Membaca Bismillah dan Hamdalah.
Rasulullah SAW bersabda : “Jika seseorang di antara kamu hendak makan, maka sebutlah nama Allah SWT. Dan jika ia lupa menyebut nama-Nya pada awalnya, maka bacalah, ’Bismillahi awwalahu wa akhirahu’ (Dengan menyebut nama Allah SWT pada awalnya dan pada akhirnya).” (HR. Abu Dawud)
Dalam riwayat lain, disebutkan bahwa suatu ketika Rasulullah SAW tersenyum, beliau menjelaskan ketika seorang Muslim tidak membaca Basmalah sebelum makan, maka syaitan akan ikut makan dengannya. Namun, ketika Muslim tersebut teringat dan menyebut nama Allah SWT, maka syaitan pun langsung memuntahkan makanan yang sudah dimakannya.
Rasulullah SAW juga bersabda : “Sesungguhnya Allah SWT meridhai seorang hamba yang ketika makan suatu makanan lalu dia mengucapkan Alhamdulillah. Dan apabila dia minum suatu minuman maka dia pun mengucapkan Alhamdulillah.” (HR. Muslim, Ahmad dan Tirmidzi)

4. Makan menggunakan tangan kanan.
Abdullah bin Umar ra. berkata bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia makan dengan tangan kanannya dan jika ia minum maka hendaklah minum dengan tangan kanannya. Sebab syaitan itu makan dan minum dengan tangan kirinya.” (HR. Muslim)
Kedua tangan manusia mengeluarkan tiga macam enzim, tetapi konsentrasi di tangan kanan lebih banyak daripada tangan kiri. Enzim tersebut sangat membantu dalam proses pencernaan makanan.

5. Tidak bersandar ketika makan.
Rasulullah SAW bersabda : “Aku tidak makan dengan posisi bersandar (muttaki-an).” (HR. Bukhari)
“Muttaki-an” ada yang menafsirkan duduk bersilang kaki dan ada pula yang menafsirkan bersandar kepada sesuatu, baik itu bersandar di atas salah satu tangan atau bersandar pada bantal. Ada pula yang menafsirkan bersandar pada sisi badan. Rasulullah SAW jika makan, tidak makan dengan menggunakan alas duduk seperti bantal duduk sebagaimana orang-orang yang ingin makan banyak dengan menu makanan yang variatif. Rasulullah SAW menjadikan makannya sebagai ibadah kepada Allah SWT. Karenanya beliau duduk tanpa alas dan mengambil makanan secukupnya.

6. Memakan makanan yang terdekat dahulu.
Umar bin Abi Salamah ra. bercerita : “Saat aku belia, aku pernah berada di kamar Rasulullah SAW dan kedua tanganku seringkali mengacak-acak piring-piring. Rasulullah SAW bersabda kepadaku, ’Nak, bacalah Bismillah, makanlah dengan tangan kananmu dan makanlah dari makanan baik yang terdekat.” (HR. Bukhari)

7. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang.
Dari Mikdam bin Ma’dikarib ra. menyatakan pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda : “Tiada memenuhi anak Adam suatu tempat yang lebih buruk daripada perutnya. Cukuplah untuk anak Adam itu beberapa suap yang dapat menegakkan tulang punggungnya. Jika tidak ada cara lain, maka sepertiga (dari perutnya) untuk makanannya, sepertiga lagi untuk minuman dan sepertiganya lagi untuk bernafas.” (HR. Tirmidzi dan Hakim)

8. Menjilat tangan ketika makan tanpa sendok atau garpu.
Dari Abu Hurairah ra. bahwa Rasulullah SAW bersabda : “Jika salah seorang diantaramu makan, maka hendaklah ia menjilati jari-jemarinya, sebab ia tidak mengetahui dari jemari mana munculnya keberkahan.” (HR. Muslim)
Dalam hadits riwayat Imam Muslim pula, Ka’ab bin Malik ra. memberikan kesaksian bahwa ia pernah melihat Rasulullah SAW makan dengan menggunakan tiga jarinya dan beliau menjilatinya selesai makan. Penemuan kesihatan modern menunjukkan bahwa ketika kita makan dengan jari dan menjilati jari untuk membersihkannya, maka jari tersebut mengeluarkan enzim yang sangat membantu bagi kelancaran pencernaan.

9. Membuang kotoran dari makanan yang terjatuh lalu memakannya.
Dari Anas bin Malik ra. berkata bahwa Rasulullah SAW sering makan dengan menjilati ketiga jarinya (Ibu jari, telunjuk dan jari tengah), seraya bersabda : “Apabila ada makananmu yang terjatuh, maka buanglah kotorannya dan hendaklah ia memakannya serta tidak membiarkannya untuk syaitan.” Dan beliau juga memerintahkan kami untuk menjilati piring seraya bersabda : “Sesungguhnya kamu tidak mengetahui pada makanan yang mana adanya berkah itu.” (HR. Muslim)
Islam melarang hal-hal yang mubazir, termasuk dalam hal makanan. Seringkali kita menyaksikan orang yang mengambil makanan berlebihan sehingga tidak habis dimakan. Makanan yang mubazir itu akhirnya dibiarkan untuk syaitan, padahal bisa jadi sebenarnya pada makanan tersebut terdapat keberkahan. Oleh karena itu, ketika mengambil makanan harus berdasarkan perhitungan bahwa makanan tersebut akan habis dimakan.

10. Makan dan minum sambil duduk.
Rasulullah SAW suatu ketika melarang seorang lelaki minum sambil berdiri. Berkata Qatadah : “Bagaimana dengan makan?” Rasul menjawab : “Itu lebih buruk lagi.” (HR. Muslim)

11. Tidak bernafas ketika minum dan menjauhkan mulut dari tempat minum ketika bernafas.
Dari Abu Al-Mutsni Al-Jahni ra berkata, aku pernah berada di rumah Marwan bin Hakam, tiba-tiba datang kepadanya Abu Sa’id ra. Marwan berkata kepadanya : “Apakah engkau pernah mendengar Rasulullah SAW melarang bernafas di tempat minum?”. Abu Sa’id menjawab : “Ya. Ada seseorang pernah berkata kepada Rasulullah SAW, ”Aku tidak kenyang dengan air hanya satu kali nafas.” Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Jauhkanlah tempat air (gelas) dari mulutmu, lalu bernafaslah!” Orang itu berkata lagi, “Sesungguhnya aku melihat ada kotoran pada tempat minum itu”. Lalu Rasulullah SAW bersabda, ”Kalau begitu, tumpahkanlah! (HR. Abu Dawud) Dan juga dari Ibnu Abbas ra. berkata : “Rasulullah SAW telah melarang untuk menghirup udara di dalam gelas (ketika minum) dan meniup di dalamnya.” (HR. Tirmidzi) Rasulullah SAW melarang bernafas ketika minum. Apabila minum sambil bernafas, tubuh kita mengeluarkan CO2 (Karbondioksida), apabila bercampur dengan H2O (Air) dapat menjadi H2CO3 (Cuka) sehingga menyebabkan minuman menjadi acidic (Asam). Hal ini dapat terjadi juga ketika meniup air panas. Makanan dan minuman panas sebaiknya tidak didinginkan dengan ditiup, tapi cukup dikipas.

12. Tidak berprasangka buruk jika makan ditemani orang yang berpenyakit.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah memegang tangan orang yang majdzum (kusta), beliau meletakkan tangannya pada piring makan seraya bersabda : “Makanlah, yakinlah kepada Allah SWT dan bertawakkallah.” (HR. Abu Dawud)

13. Tidak duduk pada meja yang dihidangkan makanan haram.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaknya ia tidak duduk pada meja makan yang padanya diedarkan minuman khamr.” (HR. Imam Tirmidzi)

14. Mendo’akan yang mengundang makan.
Dari Anas bin Malik ra. bahwa Rasulullah SAW pernah datang ke Sa’ad bin Ubadah ra. yang menghidangkan roti dan mentega. Rasulullah SAW memakannya, lalu beliau bersabda : “Telah berbuka di sisimu orang-orang yang berpuasa. Hidanganmu telah dimakan oleh orang-orang shalih (baik) dan malaikat pun mendo’akan kebaikan untukmu.” (HR. Ahmad dan Abu Dawud)

15. Menutup tempat makan dan minum.
Dari Jabir ra. bahwa Rasulullah SAW pernah bersabda : “Tutuplah tempat makanan dan tempat minuman!” (HR. Bukhari Muslim) Menutup tempat makan dan minum sangat bermanfaat untuk menghindarkan makanan dari polusi udara, kotoran atau zat-zat berbahaya yang dapat masuk ke dalam makanan atau minuman yang tidak titutupi.


Wednesday, 25 January 2012

B.A.H.A.G.I.A

Hidup memerlukan PENGORBANAN.
Pengorbanan memerlukan PERJUANGAN.
Perjuangan memerlukan KETABAHAN.
Ketabahan memerlukan KEYAKINAN.
Keyakinan menentukan KEJAYAAN.
Kejayaan akan menentukan KEBAHAGIAAN.

credit to http://mutiaraminda2u.blogspot.com/