Tip 4: Mengawal kemarahan:
Baginda Rasullulah s.a.w mempunyai akhlak paling mulia.Baginda mampu mengawal kemarahan walau pun menerima pelbagai cabaran dan kutukan semasa melaksanakan dakwah.
Firman Allah “ Maka maafkanlah (mereka)dengan cara yang baik.” (Surah Al-Hijr(15: 85)
Seringkali beginda tersenyum dan memaafkan kesalahan orang yang membuat baginda marah.Baginda mengingatkan pula sahabatnya dengan sabdanya :
“ Jangan marah! Jangan marah! Jangan marah!” (Diriwayatkan oleh Bukhari 6116)
Rasulullah mampu memaafkan dan berbuat baik kepada musuhnya walaupun baginda berkuasa atas mereka . Sabda baginda s.aw: “ Sesiapa yang menahan amarahnya,Allah akan membalasnya dengan menahan seksa darinya.” (Diriwayatkan oleh Abu Ya’la 4338,Al—Baihaqi dalam Asy-Syu’ab 8311;lihat A-‘llal karya Ibnu Abu Hatim 1919 dan Majma’uz Zaawaid 10/298.
Selamat Mendidik: Ingatlah Surah Yasin ayat 12:
“Sesungguhnya kami menghidupkan orang-orang yang mati.Dan kami menulis apa yang mereka kerjakan dan bekas-bekas(jasa-jasa) mereka. Dan segala sesuatu kami buat perhitungan dalam kitab yang terang.”
Sebagai guru jagalah amanah yang diberi sebaik mungkin. Semoga segala segala usaha yang kita kerjakan dengan ikhlas mendapat pahala di sisi Allah.
Thursday, 31 October 2013
Monday, 21 October 2013
KELEBIHAN SIFAT SABAR
1. Hati jadi tenang.Dengan ingat Allah hati jadi senang.
2. Sentiasa dapat petunjuk daripada Allah.
3. Merasai nikmat tenang dalam amal ibadat.
4. Akan lebih mendekati Allah S.W.T
SITUASI YANG MEMERLUKAN KESABARAN:
I. Sabar dalam mentaati perintah Allah sebab kita terpaksa melawan nafsu sendiri.
II. Sabar dalam menghindar maksiat
III. Sabar ketika ditimpa musibah.
Bagaimana penyabarnya Rasulullah;
Diantara kisah kesabaran Rasulullah bilamana ketika baginda solat ,belakang baginda diletakkan perut unta dan orang arab badwi menarik serban Rasulullah sehingga berbekas mer ah di leher baginda. Untuk bersabar nabi banyak solat tahjud. Bangun malam untuk beribadat akan menghidupkan hati.

Saturday, 12 October 2013
INDAHNYA SIFAT SABAR
Sabarkah kita dalam menjalani liku- liku kehidupan? bagi si Penyabar wawasannya hebat.. Syurga menantinya !
Pernahkah kita mendengar atau membaca kisah kesabaran keluarga Sumaiyah ,Bilal bin Rabah dan Mashita tukang sikat isteri Firaun dalam mempertahankan keimanan terhadap Allah ?
Allah berfirman dalam Surah Al-‘Asr yang maksudnya :
1. “Demi masa.
2. Sesungguhnya manusia dalam kerugian .
3.Kecuali orang yang beriman dan mengerjakan amal soleh serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran.
Jelaslah kepada kita sekiranya berhajat untuk berdakwah dan menasihati orang , senjata yang paling utama yang perlu ada dalam diri kita ialah sifat SABAR. SABAR adalah senjata orang mukmin.
Monday, 31 December 2012
Wanita dan Al Quran
4. Surah 24 An-Nur
ETIKA PERGAULAN ANTARA LELAKI DAN WANITA YANG BUKAN MAHRAM.
Ayat 31: " Dan katakanlah kepada perempuan- perempuan yang beriman,supaya mereka menjaga pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan janganlah memperlihatkan perhiasan mereka(aurat mereka),kecuali yang (biasa) terlihat. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung hingga ke paras dadanya dan janganlah menampakkan perhiasannya (auratnya), kecuali kepada suami mereka sendiri atau ayah mereka atau ayah suami mereka atau putra-putra mereka sendiri atau putra-putra suami mereka atau saudara-saudara lelaki mereka atau putera-putera saudara perempuan mereka atau para perempuan (sesama Islam) mereka atau hamba sahaya yang mereka miliki atau pelayan laki-laki (tua) yang tidak mempunyai keinginan (terhadap perempuan) atau anak-anak yang belum mengerti aurat perempuan. Dan janganlah mereka menghentakkan kakinya supaya diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu semua kepada Allah,wahai orang yang beriman,agar kamu beruntung."
Penjelasan :
I. Peringatan kepada wanita beriman agar menjaga pandangan dan memelihara kemaluan serta jangan memperlihatkan perhiasan mereka kecuali yang biasa terlihat.
• Allah menyuruh wanita beriman supaya merendahkan pandangan ,jangan melihat kepada yang haram seperti aurat lelaki yang di antara pusat dan lutut ,lebih-lebih lagi merendahkan pandangan daripada melihat lelaki yang ajnabi( yang boleh bernikah dengannya).
• Mereka juga diminta untuk memelihara kehormatan iaitu jangan berzina, jangan membuat hubungan sejenis dan hendaklah menutup alat kelamin jangan sampai dilihat orang.
• Jangan memperlihatkan perhiasannya selain daripada yang biasa terzahir. Dilarang mendedahkan barang kemas yang dipakai pada anggota yang tertutup. Kecuali perhiasan yang terzahir tidak mengapa seperti cincin dijari, inai dikuku dan celak dimata.
II. Wanita beriman dikehendaki melabuhkan tudung hingga ke paras dada.
• Pakaian Wanita beriman wajib menutup aurat. Berdosa membukanya kepada lelaki yang bukan mahramnya.
• Aurat wanita seperti dalam sembahyang.
• Pakaian juga tidak terlalu nipis dan tidak ketat sehingga membayangkan bentuk tubuh . Perlu menutup bahagian yang menarik perhatian lelaki.
• Pakaian jangan disemarakkan dengan wangian kerana bau-bauan merangsang nafsu lelaki ajnabi(lelaki yang boleh dikahwini)
• Pakaian tidak boleh menyerupai lelaki/perempuan kafir
• Memakai pakaian bukan untuk bermegah-megah/ menunjuk-nunjuk.
III. Mereka tidak boleh memperlihatkan perhiasan(aurat) kecuali kepada 12 pihak iaitu 1. suami sendiri,2. ayahnya, 3.bapa suaminya(mertua lelaki),4. anaknya sendiri, 5.anak suaminya (anak tirinya), 6.saudara lelaki mereka,7. Anak lelaki dari saudara lelaki,8.Anak lelaki dari saudara perempuan ,9. Sesama wanita 10. Hamba sahaya 11. Pelayan lelaki yang tidak mempunyai keinginan, 12. Anak yang belum mengerti aurat perempuan.
• Mendedahkan perhiasan hanya dibolehkan kepada 12 orang yang dinyatakan.
• Larangan mendedahkan perhiasan kepada selain golongan yang disebutkan bertepatan sebab kebiasaan wanita sekarang berhias ketika keluar rumah untuk memperlihatkan kepada orang lain.
• Sepatutnya isteri berhias untuk suami bukan untuk orang lain.
IV. Jangan mereka menghentakkan kaki agar diketahui orang perhiasan yang mereka sembunyikan.
• Aurat perlu ditutup dan dirahsiakan.
• Mendedahkan aurat bermakna mendedahkan rahsia tubuh yang boleh mengurangkan harga diri dan menghilangkan sifat malu.
• Salah satu punca kehancuran moral dan keruntuhan akhlak adalah hilangnya rasa malu di kalangan wanita.
V. Orang beriman disuruh bertaubat kepada Allah agar beroleh kejayaan.
• Allah menyuruh orang yang beriman supaya bertaubat dari dosa yang mereka lakukan ,dengan ini mereka akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

Saturday, 29 December 2012
PERMATA PAGI
19.12.2012: SELASA
Juzu’ 11; Surah Yunus, Ayat 100:
“ Dan tidak ada seorang pun akan beriman kecuali dengan izin Allah dan Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak menggunakan akalnya.”
Pengajaran:
I. Tidak beriman seseorang itu melainkan dengan izin Allah.
Sesungguhnya nikmat yang paling besar kepada seseorang adalah nikmat Iman. Berbahagialah kita kerana Allah memilih kita menjadi orang yang beriman. Allah menganugerahkan Iman yang menjadi sinar kehidupan. Betapa malangnya orang yang tidak terpilih..
II. Allah menimpakan kemurkaan kepada orang yang tidak menggunakan akalnya.
Manusia dipilih untuk menjadi Khalifah di bumi ini. Sesuai dengan itu kita diberi keistimewaan berbeza dengan makhluk lain kerana diberi akal oleh Allah. Dengan akal kita boleh memilih mana yang baik dan menjauhi perkara yang mendatangkan keburukan.
Malangnya ada yang tidak menggunakan keistimewaan ini. Mereka mengikut hawa nafsu dengan meninggalkan perintah Allah dan melakukan perkara-perkara yang mungkar. Kemaksiatan ini menyebabkan jiwa mereka kotor.
Allah menimpakan kemurkaan kepada orang tidak menggunakan akal dalam memahami perkara-perkara yang diperintah oleh Allah dan perkara-perkara yang dilarangNya.
Oleh itu takutilah dan jauhilah diri kemurkaan Allah! Sebagai orang yang beriman wajib kita membuat amal maaruf dan mencegah kemungkaran .
Thursday, 13 December 2012
PERMATA PAGI
PERMATA PAGI
Ini merupakan himpunan ayat-ayat Al Quran (terjemahan) yang menyentuh hatiku ketika Imam Masjid Shah Alam membacanya setiap pagi selepas solat subuh.
14. Dec 2012:
Juzu’ 11 , Surah Yunus, Ayat 61
Segala Perbuatan Manusia Tidak Terlepas Daripada Pengawasan Allah:
“ Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan,melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah(atom), di bumi atau di langit.Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan(semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).”
Pengajaran:
1. Setiap pekerjaan yang kita lakukan samada baik atau buruk semuanya diketahui oleh Allah. Keadaan ini kerana Allah menyediakan pengawas yang menyaksikan dan mencatat segala perbuatan kita. Hebatnya CCTV Allah berbanding dengan CCTV dunia. CCTV Allah boleh merakam semua yang kita lakukan samaada zahir maupun batin, di tempat yang terdedah maupun tersembunyi. CCTV dunia hanyah memfocus lahirah di tempat yang dipasang CCTV sahaja, itu pun kadang- kala tak jelas rakamannya.Jadi lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan dalam hidup, bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. CCTV Allah merakamkan.Amalan inilah yang kita akan bawa bila mengadap Allah nanti. Taklah nak gagal ujian kot!
2. Dalam ayat ini menerangkan wujudnya di alam ini pelbagai benda yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali menggunakan alat mikroskop. Ketika turutnya ayat ini tentunya tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu bahawa adanya benda- benda sehalus atom.
Hebatnya Al- Quran sebagai suatu mujizat dan bukti yang ianya kalamullah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.
Apa lagi ditunggu jom le kita baca Al Quran dan baca terjemahannya setiap pagi . Kita gali ilmu yang ada untuk kita menjadi insan yang hebat. Cemerlang Di Dunia dan Cemerlang di Akhirat. Insyallah !
PERMATA PAGI
Ini merupakan himpunan ayat-ayat Al Quran (terjemahan) yang menyentuh hatiku ketika Imam Masjid Shah Alam membacanya setiap pagi selepas solat subuh.
14. Dec 2012:
Juzu’ 11 , Surah Yunus, Ayat 61
Segala Perbuatan Manusia Tidak Terlepas Daripada Pengawasan Allah:
“ Kamu tidak berada dalam suatu keadaan dan tidak membaca suatu suatu ayat daripada al-Quran dan kamu tidak mengerjakan suatu pekerjaan,melainkan Kami menjadi saksi atasmu pada waktu kamu melakukannya. Tidak luput daripada pengetahuan Tuhanmu biar pun sebesar zarah(atom), di bumi atau di langit.Tidak ada yang lebih kecil dan tidak (pula) yang lebih besar daripada itu, melainkan(semua tercatat) dalam Kitab yang nyata (Lauh Mahfuz).”
Pengajaran:
1. Setiap pekerjaan yang kita lakukan samada baik atau buruk semuanya diketahui oleh Allah. Keadaan ini kerana Allah menyediakan pengawas yang menyaksikan dan mencatat segala perbuatan kita.Jadi lakukanlah sebanyak mungkin kebaikan dalam hidup kita sebab inilah yang kita akan bawa bila mengadap Allah nanti. Taklah nak gagal ujian kot!
Dalam ayat ini menerangkan wujudnya di alam ini pelbagai benda yang tidak dapat dilihat oleh mata kasar kecuali menggunakan alat mikroskop. Ketika turutnya ayat ini tentunya tidak terfikir oleh masyarakat ketika itu bahawa adanya benda- benda sehalus atom.
2. Hebatnya Al- Quran sebagai suatu mujizat dan bukti yang ianya kalamullah Yang Maha Mengetahui lagi Bijaksana.
Apa lagi ditunggu jom le kita baca Al Quran dan baca terjemahannya setiap pagi . Kita gali ilmu yang ada untuk kita menjadi insan yang hebat. Cemerlang Di Dunia dan Cemerlang di Akhirat. Insyallah !
Sunday, 9 December 2012
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:
MAS KAHWIN UNTUK WANITA
3. Surah 4 An- Nisa :Ayat 4: " Dan berikanlah olehmu mas kahwin kepada perempuan yang kamu nikahi sebagai pemberian dengan penuh kerelaan. Selepas itu, sekiranya mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian daripada mas kahwin berkenaan dengan senang hati, maka ambillah dan nikmatilah pemberian itu dengan senang hati."
Penjelasan:
I. Firman Allah ini ditujukan kepada pihak suami.Pihak suami dikehendaki memberi mas kahwin kepada wanita yang dinikahi Pemberian ini dengan hati yang suci dan bersih sebagai sebagai tanda ikatan kasih sayang.
II. Sekiranya isteri berkenaan berlapang dada untuk memberikan sebahagian daripada mas kahwin itu kepada suaminya,maka tiada dihalang menerimanyaa.
Thursday, 6 December 2012
WANITA DAN AL QURAN
WANITA DAN AL QURAN
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:
I. Sekiranya kamu takut memakan harta anak yatim yang menjadi isteri kamu,maka jangan kamu mengahwininya.
II. Dibenarkan kamu mengahwini perempuan lain yang kamu berkenan dua, tiga atau empat.
III. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil ,hanya dibenarkan beristeri seorang sahaja atau mengambil hamba sahaya sebagai isteri.Keadaan ini boleh mengelakkan suami daripada bertindak zalim,tidak adil dan menganiaya.
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:
2. Surah 4 An- Nisa :Ayat 3: Dan sekiranya kamu bimbang tidak akan mampu berlaku adil terhadap hak-hak perempuan yatim (ketika kamu menikahinya), maka kahwinilah perempuan lain yang kamu senangi: dua ,tiga atau empat. Tetapi sekiranya kamu bimbang tidak akan berlaku adil, memadai menikahi seorang sahaja, atau hamba sahaya perempuan yang kamu miliki. Yang demikian lebih hampir agar kamu tidak berbuat zalim.
Penjelasan: I. Sekiranya kamu takut memakan harta anak yatim yang menjadi isteri kamu,maka jangan kamu mengahwininya.
II. Dibenarkan kamu mengahwini perempuan lain yang kamu berkenan dua, tiga atau empat.
III. Sekiranya kamu khuatir tidak dapat berlaku adil ,hanya dibenarkan beristeri seorang sahaja atau mengambil hamba sahaya sebagai isteri.Keadaan ini boleh mengelakkan suami daripada bertindak zalim,tidak adil dan menganiaya.
Monday, 3 December 2012
WANITA DAN AL QURAN
FATWA TENTANG WANITA OLEH ALLAH:
1. Surah 4 An- Nisa:Ayat 1: Wahai manusia ! Bertakwalah kepadaTuhanmu yang telah menjadikan kamu daripada diri yang satu (Adam), dan (Allah) menciptakan daripadanya isterinya (Hawa) ; dan (lalu) daripada keduanya Allah mengembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak. Bertakwalah kepada Allah yang kamu saling meminta dengan menyebut namaNya, dan ( peliharalah) hubungan kekeluargaan. Sesungguhnya Allah itu selalu menjaga dan mengawasimu.
I. Dalam surah ini Allah menyeru manusia supaya bertakwa kepada Allah iaitu takutkan Allah dengan mematuhi perintahNya dan meninggalkan laranganNya.
II. Allah menjadikan isteri Nabi Adam iaitu Siti Hawa daripada dirinya iaitu daripada tulang rusuk kirinya yang pendek. Daripada kedua mereka itu (Nabi Adam dan Siti Hawa) berkembang dengan banyaknya umat manusia iaitu lelaki dan perempuan.
III. Allah memerintahkan agar takutkanNya kerana kepada Allahlah kita selalu memohon pertolongan dengan menyebut namaNya.
IV. Kita dikehendaki takutkan Allah daripada memutuskan tali silaturahim.
V. Alllah sentiasa memerhatikan dan mengawasi kamu
Wednesday, 6 June 2012
RESIPI KLASIK
Resipi ini saya pelajari dari seorang sahabat yang sangat ‘
power’ dalam masakan.Alhamdulilah beliau bersetuju untuk berkongsi ilmu
masakannya melalui laman blog.Semoga ilmu beliau boleh dimanafaatkan bersama
.Semoga usaha murni ini diberkati Allah.
1.Poly Ubi.
Resipi yang paling mudah untuk disediakan tapi rasanya
sangat enak. Sesuai untuk sajian pembasuh mulut atau minuman petang. Sekali
cuba pasti nak lagi.
1.
1 mangkuk ubi parut
yang dibuang air, campur dengan setengah camca teh air kapur.
Potong keci-kecil ubi kayu dan blender dengan sedikit
air.Blender hingga hancur.Jika tak ada blender boleh juga parut.Tapi kata
sahabat saya blender lagi cantik sebab ubinya halus. Tapis ubi tadi agar airnya keluar. Tapis jangan
kering sangat nanti keras pula kuih...agak-agak
je!. Campur semula sagu yang mendak dari air tapisan.Air ubi tadi buang
je.
2.
Bungkus ubi parut dengan
daun pisang yang telah dilayur. Bungkus macam lepat pisang tapi agak besar.Kukus sampai masak.
3.
Buat air gula Melaka/
gula kerek. Bubuh air agak-agak nak tenggelam gula Melaka/gula kerek.Masuk
gula pasir sedikit. Masak hingga pekat.
4.
Keluarkan ubi kukus tadi dan potong serta
gaulkan dengan kelapa parut yang dibubuh sedikit garam.Pastikan kelapa
dibuang ari.
5.
Hidangkan poly ubi ini
dengan air gula Melaka.
Rasanya seakan-akan kuih lopez tapi kepada pencinta ubi, ini lagi power.Selamat mencuba!
2.Ubi kisar ditapis.
6.Ubi yang telah masak .
7. Ubi yang telah masak dipotong dan gaul
Kelapa parut
7.Poly Ubi yang siap untuk dihidang dan
dimakan dengan air gula Melaka.
Wednesday, 25 April 2012
Khutbah Terakhir Rasulullah
S.A.W
Tarikh : 9 Zulhijah Tahun 10 Hijrah
Tempat: Lembah Uranah, Gunung Arafah.
Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak ku katakan. Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kata ku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir di sini pada hari ini.
Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan harta setiap muslim sebagai amanah suci.
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak.
Jangan kamu sakiti sesiapapun agar orang lain tidak menyakiti kamu lagi.
Ingatlah bahawa sesungguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu.
Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan riba dibatalkan mulai sekarang.
Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.
Wahai manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka keatas kamu maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik, berlemah lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.
Wahai manusia, dengarkanlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadan!, dan tunaikan zakat dari harta kekayaan kamu. Kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu mampu.
Ketahuilah bahawa setiap muslim adalah saudara kepada muslim yang lain. Kamu semua adalah sama, tidak seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan beramal soleh.
Ingatlah bahawa kamu akan mengadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan diatas segala apa yang telah kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.
Wahai manusia, tidak akan ada lagi Nabi dan Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru.
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kata ku yang telah aku sampaikan kepada kamu.
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara, yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, nescaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. Itulah Al Quran dan Sunnah ku.
Hendaknya orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dari ku.
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah ku sampaikan risalah Mu kepada hamba-hambaMU.

Tuesday, 24 April 2012
MENDIDIK GAYA RASULULLAH : TIP 3
Cara Penyampaian : Suara Jelas dan Lancar serta
Mengulangi 3X
Semua akhlak terbaik sebagai guru yang unggul
terdapat pada diri Rasullulah. Baginda seorang yang cerdik dan pintar
dan mempunyai idea yang bernas.Sebagai guru , Baginda sentiasa
berlapang dada untuk mengajar. Pengajaran
baginda sangat menarik.Suara baginda
jelas dan lancar ketika menyampaikan dakwah.Semua faktor-faktor inilah
menjadikan baginda Rasulullah sebagai guru yang berkesan.
Keistimewaan baginda sebagai pendidik yang hebat dijelaskan
oleh Sayyidatina A’isyah, “Tidaklah Baginda bercakap tergopoh-gapah
seperti tergopoh-gapahnya percakapan kamu (kerana perkara ini mewariskan
kesamaran kepada para pendengar dan sukar untuk memahami dan mengingatinya).
Baginda bercakap secara jelas dan orang yang duduk bersama Baginda boleh
menghafalnya.
Sebagai pendidik kita perlulah mengajar dengan tenang dan suara perlulah jelas serta mengulangi perkataan supaya mudah difahami oleh anak
murid kita. Cara inilah yang ditunjukkan
oleh Rasullah ketika mendidik. Mengikut Sayyidina Anas bin Malik ; “Rasullullah
mengulangi satu perkataan yang diucapkannya sebanyak tiga kali agar mudah
difahami.
Teknik mendidik Rasulullah
ini bukan sahaja patut dicontohi oleh semua guru, malah para ibu bapa
juga boleh menggunakan teknik ini ketika
mendidik anak-anak. Kita sering kali naik angin apabila pengajaran atau
arahan kita sukar diikuti.. Kadang kala
kita mengeluh “Kenapalah lembab sangat nak faham apa yang aku ajar atau suruh
ini. Bukan susah sangat!” . Terfikirkah kita
kemungkinan masalah ini timbul lantaran suara atau cara penyampaian kita yang
tidak jelas?.Jadi sebelum kita semua hilang punca, jom sama-sama semak cara kita menyampaikan didikan .
Cara
Penilaian Kendiri Pengajaran:
I.
Sebagai
guru bolehlah bertanya pada murid cara pengajaran kita “ Ok ke tidak.” Tetapi biasanya murid kita
kadang-kadang takut hendak beritahu keadaan sebenar. Jadi biasanya murid yang
berani bercakap akan kata “Faham!” tapi mereka yang tidak faham senyap sahaja.
II.
Cara lain boleh juga buat borang penilaian
diri,(soal selidik).Selepas mengajar ,minta anak murid kita buat
penilaian.Macam mana pengajaran kita.Sebagai guru yang hebat,jangan pula naik
angin jika hasil penilaian tidak memihak kepada kita. Kita perlu berlapang dada
menerima komen .Yang lebih penting perbaiki kekurangan yang mana ada.
III.
Rekodkan
pengajaran kita menggunakan kaset.Lepas itu kita dengar semula pengajaran kita dan buat penilaian semula secara jujur. Mungkin
cara ini kita sahaja yang tahu. Bila
dengar semula baru kita tahu, bagaimana sebenarnya suara kita ketika
menyampaikan pengajaran apakah jelas atau sebaliknya, intonasi suara menarik
atau membosankan?Perbaiki semula mana-mana yang kurang dan perkukuhkan mana-mana
yang dirasakan baik supaya menjadi lebih baik. Jika berani minta pihak lain
menilai bagi membantu kita.
Berusahalah sentiasa memperbaiki diri. Sesungguhnya kita tidak
sempurna.Paling penting kita ada KPI yang perlu dicapai.Contohi cara mendidik
Rasulullah. Insyallah kita mampu melakukan yang terbaik.
Monday, 9 April 2012
ILMU PENGETAHUAN
1. “ Ilmu pengetahuan adalah kawan di waktu sendirian, sahabat di waktu sunyi, petunjuk jalan kepada agama, pendorong ketabahan di saat dalam kekurangan dan kesukaran” -(Ma’adz bin Jabbar)
MENDIDIK GAYA RASULULLAH : TIP 2
MENDIDIK DENGAN LEMAH LEMBUT DAN KASIH SAYANG
Tugas mendidik /berdakwah memerlukan nilai kesabaran yang tinggi disamping guru itu sendiri memerlukan bekalan ilmu yang cukup agar mampu berdepan dengan cabaran/rintang dan onak dan duri yang perlu dilalui sepanjang laluan pendidikan.
Sebagai guru yang unggul nabi Muhammad S.A.W. mempunyai sifat-sifat pendidik yang terhebat. Perawakan baginda lemah lembut dan penuh kasih sayang. Keadaan ini dijelaskan daripada firman Allah dari surah Al-Taubah ayat 128 maksudnya ,
“Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri (iaitu Nabi Muhammad) yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang ditanggung oleh kamu,yang sangat inginkan kebaikan bagi kamu,(dan) ia pula menumpukan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman.”
Jadi kalau nak mendidik mengikut gaya Rasulullah ,cuba lihat bagaimana perawakan kita.Apakah kita mendidik dengan lemah lembut dan kasih sayang terhadap murid kita yang pelbagai ragam . Kalau rasa-nya kita kasar dan garang .Cuba berusaha ubah watak kita. “Huh... bukan senang nak ubah perangai kita yang dah sebati berpuluh tahun tu,” keluh rakan guruku. Memang sukar nak ubah tapi takkan lah kita lebih teruk daripada orang Arab jahiliah dulu.Bukankah peribahasa Melayu ada mengatakan ‘belakang parang kalau diasah lama-lama tajam juga.” Jadi jangan putus asa,terus berusaha memperbaiki akhlak diri.
Didiklah anak murid kita dengan penuh kasih sayang.Anggaplah murid kita itu sebagai anak/adik/kaum kerabat yang kita sayang. Jadi tak hairanlah kalau pihak kementerian atau jabatan pendidikan mengarahkan adanya program penyayang di sekolah-sekolah.Bila adanya murid merasakan mereka disayangi ,semangat nak ke sekolah berkobar-kolarlah di hati mereka.Jadi bolehlah kita melihat murid berlari-lari untuk ke sekolah bukan berlari dari sekolah.Murid seronok ke sekolah kerana kehadiran mereka ditunggu dengan senyuman bukan herdikan guru disiplin.
Kita kena angkat tabik pada guru-guru yang mendidik dan melayan muridnya dengan kasih sayang. Bayangkan kehebatan guru kita; kalau murid menangis ,gurulah tukang pujuknya.Murid sakit gurulah jadi doktornya.Murid luka gurulah jadi nurse membalut luka.Kalau kita tak tahu gurulah yang mengajarnya. Kalau terkucil gurulah yang membantunya.....Guru yang macamni percayalah ,sampai mati anak murid mengingatinya.Kalau murid tak ingatlah kasih sayang guru ...memanglah jenis kacang lupakan kulit.
Jadi wahai rakan-rakan guru fikirkan lah bagaimana hendak mendidik dan menunjukkan kasih sayang pada anak didik kita. Selamat memberi aura kasih sayang.
Saturday, 10 March 2012
AMALAN BIASA IMPAK LUAR BIASA: PAHALA DI JALAN
Hari ini Hari Jumaat. Aku mulakan rutin harianku dengan berjogging bersama dengan suami dan cucuku yang baru berusia satu tahun lapan bulan. Seronok juga sambil berjalan melihat keadaan sekeliling dapat juga berbual dengan suami serta cucu yang baru belajar bercakap.
Pengajaran Hadith: Sebenarnya sebagai umat nabi Muhammad cukup banyak peluang kita untuk mencari pahala. Perbanyakkan buatlah kebaikan. Jika kebaikan itu merupakah sunnah Rasullah dan kita niatkan buat kebaikan itu kerana hendak mengikut sunnahnya.Perbuatan kita itu bukan kerana nak menunjuk-nunjuk.Semuanya ikhlas kerana Allah. Insyallah, ganjarannya syurga Allah.
“ Bas..bas.. car..car...” sebutan itu keluar dari mulut si kecil yang baru belajar bercakap apabila melihat kenderaan yang lalu lalang.
Tiba-tiba kami terpandang sesuatu di tengah jalan.
“ Eh.. musang mati kena langgar !” kataku terhenti melihat bangkai musang dari tepi jalan.
“ Kita kena buang bangkai musang ni, kesihan nanti Bangkai ini hancur dan bersepah-sepah dijalan kerana dilanggar oleh kereta yang lalu lalang” celah suamiku.
“ Memanglah kesihan ,tapi bahaya kalau abang hendak membuangnya ,kereta banyak ,tambah pula jalan ni selekoh. Bahaya !” bantahku.
“Tidak mengapa,Insyalah ,ok” jelas suami ku sambil mencari sesuatu di dalam tong sampah yang boleh digunakan untuk mengambil bangkai musang berkenaan.
Sedang suami ku terkial-kial berusaha untuk membuang bangkai musang itu,tiba-tiba sebuah kereta Kancil berhenti.Muncul seorang pemuda,tinggi lampai dan berkaca mata hitam. “ Assalamulaikum , Tidak mengapa Pa’Cik biar saya buangkan bangkai ini”,tegur anakmuda tadi. Dengan pantas bangkai itu dibuangnya ke dalam semak di tepi jalan.
“ Waalaikumsalam. Terima kasih anak muda,hebat kamu.Cepat dan pantas,macam sudah biasa je” balas suamiku.
“Oh.. memang habit saya, kalau nampak binatang kena langgar di jalan saya mesti berhenti untuk buangkan.Saya kesihan tengok kucing atau binatang lain yang mati kena langgar itu dilanggar berkali-kali oleh kereta yang lalu lalang. Jelas anak muda itu lagi. “ Pernah di jalan sibuk, saya blok kereta saya tengah-tengah jalan agar semua kereta berhenti. Barulah boleh saya buang bangkai berkenaan.”tambahnya lagi.
“Tahniah orang muda! Akhlak yang mulia.Niatkan ikut sunnah nabi,Insyallah dapat pahala.” balas suamiku. Anak muda itu tersenyum. “ Terima kasih Pak Cik,saya beredar dahulu.Assalamulaikum” balas anak muda tadi.
“Waalaikum salam.”Balas suamiku,sambil melambai mengangkat tangan ke arah anak muda yang telah pun masuk ke keretanya.
“ Siapa nama anak muda tadi,bang? Pada zaman ini ada juga anak muda yang berakhlak mulia”.Saya bertanya.
“ Entahlah...abang tak sempat nak bertanya namanya.” Balas suamiku.
“Semoga Allah terima amalannya.Pahala membuat kebaikan .Bukankah nabi bersabda “ Perbanyakkan bersedekah ,sekurang-kurang membuang duri dijalan, bagi memudahkan orang lalu lalang . Jalan raya sekarang mana ada kayu, jadi bangkai tu bolehlah dikira kayu juga yang mengganggu laluan lalu lalang orang.” Jelas suamiku panjang lebar.
Kami meneruskan jogging kami.Di benak ku terbayang bagaimana anak muda itu begitu pantas merebut pahala di pagi Jumaat. “Ruginya aku,kenapa ,lepaskan pahala di jalan tadi..” hatiku berkata. “Tidak mengapa, Esok masih ada .Insyallah , aku pula merebut pahala yang lain pula.” Hati ku cuba melegakan perasaan kesal yang mengganggu dibenakku.
| Hadith ke 120 dari kitab Riyadh Solihin jilid 1:Nabi Muhammad S.A.W. bersabda diriwayatkan oleh Abi Zar Jundub b.Junadah R.A “ Telah diperlihatkan kepadaku segala amalan umatku samada makruf atau mungkar.Diantaranya amalan yang baik ialah membuang sesuatu yang merbahaya di jalanraya manakala amalan yang tidak baik ialah berkahak di masjid yang tidak ditimbus.” ... |
Monday, 27 February 2012
MENDIDIK GAYA RASULULLAH: TIP 1
MENDIDIK GAYA RASULULLAH: TIP 1
Tahukah kita bahawa Rasulullah itu adalah seorang guru? Sebenarnya Baginda Rasulullah sendiri mengakui bahawa diri beliau adalah guru melalui hadithnya “ bahawasanya daku diutuskan sebagai guru.” Jadi sesiapa sahaja yang bergelar guru patut rasa bersyukur kerana mengikut sunnah nabi .
Walaupun baginda seorang yang buta huruf kehebatan Rasulullah sebagai guru tiada tandingannya. Baginda Rasullulah berjaya merobah keadaan bangsa Arab daripada tabiat yang buruk,kasar dan suasana jahiliah kepada satu bangsa yang baik akhlaknya serta akur dengar ajaran Islam. Macam mana kita yang bergelar guru, rasa tidak ada guru yang buta huruf. Ramai di antara kita yang lulus university ada yang sehingga bergelar doctor falsafah,tak kurang yang ada master dan degree,paling tidak lepasan SPM. Tak kiralah apa kelulusan ,yang penting kita kenalah berguru dan mengkaji bagaimana Rasullulah boleh menjadi guru yang agung walaupun baginda seorang ummi.
Pelbagai cabaran dan rintangan yang terpaksa ditempuhi oleh Baginda dalam melaksanakan tugas sebagai guru/pendakwah. Semua dugaan ini baginda tempuhinya dengan penuh kesabaran. Berkat kesabaran ini ,baginda rasullulah sentiasa mendapat pertolongan Allah dalam mengharungi , onak dan duri .
Wahai mereka yang bergelar guru, bagaimanakah darjah kesabaran kita. Apakah kita sesabar Rasulullah.Tentulah kita tak sehebat Baginda,jauh panggang dari api .Tapi sekurang-kurangnya kita perlu tingkatkan kesabaran ketika hendak melentur anak didik yang kita lebelkan banyak yang tak makan saman tu!. Rasanya taklah murid-murid kita tu teruk sangat. Ramai murid kita nakal bukan jahat,apatah lagi semacam orang Arab di zaman jahiliah dulu yang berperangai buruk dan kasar.
Nampak gayanya tip 1 penting, nak jadi guru hebat kita mesti SABAR dengan pelbagai kerenah murid kita. Tidak ada jalan pintas.Berkat kesabaran barulah datang pertolongan Allah. Jika Allah dah datangkan pertolongannya Insyallah kita mampu menjadi guru yang hebat yang mampu menghadapi apa sahaja bentuk tsunami yang mendatang.
Selamat Berusaha menjadi guru yang hebat ......KESABARANnya.
Jangan lupa berdoa dan mohon pada Nya. Sesungguhnya Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.
Friday, 10 February 2012
Subscribe to:
Posts (Atom)