Saturday 10 March 2012

AMALAN BIASA IMPAK LUAR BIASA: PAHALA DI JALAN

Hari ini Hari Jumaat. Aku mulakan rutin harianku  dengan berjogging bersama dengan suami dan cucuku yang baru berusia satu tahun lapan bulan.  Seronok juga sambil berjalan melihat keadaan sekeliling dapat juga berbual dengan suami serta cucu yang baru belajar bercakap.

  Bas..bas.. car..car...”  sebutan itu keluar dari mulut si kecil yang baru belajar bercakap apabila melihat kenderaan yang lalu lalang.
Tiba-tiba kami terpandang sesuatu di tengah jalan.
 “ Eh.. musang  mati kena langgar !”   kataku terhenti melihat bangkai musang dari tepi jalan.
“ Kita kena buang bangkai musang ni, kesihan nanti Bangkai ini hancur dan bersepah-sepah dijalan kerana dilanggar oleh  kereta yang lalu lalang” celah suamiku.
“ Memanglah kesihan ,tapi bahaya kalau abang  hendak membuangnya ,kereta banyak ,tambah pula  jalan ni selekoh. Bahaya !” bantahku.
“Tidak mengapa,Insyalah ,ok” jelas suami ku sambil mencari sesuatu di dalam tong sampah yang boleh digunakan untuk  mengambil bangkai musang berkenaan.
Sedang suami ku terkial-kial berusaha untuk membuang bangkai musang itu,tiba-tiba sebuah kereta Kancil berhenti.Muncul seorang pemuda,tinggi lampai dan berkaca mata hitam. “ Assalamulaikum , Tidak mengapa Pa’Cik biar saya buangkan bangkai ini”,tegur anakmuda tadi. Dengan pantas bangkai itu dibuangnya ke dalam semak di tepi jalan.
“ Waalaikumsalam. Terima kasih anak  muda,hebat kamu.Cepat dan pantas,macam sudah biasa je” balas suamiku.
“Oh.. memang  habit saya, kalau nampak binatang kena langgar di jalan saya mesti  berhenti untuk buangkan.Saya kesihan tengok kucing  atau binatang lain yang mati kena langgar itu  dilanggar berkali-kali oleh kereta  yang lalu lalang. Jelas anak muda itu lagi. “ Pernah di jalan sibuk, saya blok kereta saya tengah-tengah jalan  agar semua kereta berhenti. Barulah boleh saya buang bangkai berkenaan.”tambahnya lagi.
“Tahniah orang muda! Akhlak yang mulia.Niatkan ikut sunnah nabi,Insyallah dapat pahala.” balas suamiku. Anak muda itu tersenyum. “ Terima kasih Pak Cik,saya beredar dahulu.Assalamulaikum” balas anak muda tadi.
“Waalaikum salam.”Balas suamiku,sambil melambai mengangkat tangan ke arah anak muda yang telah pun masuk ke keretanya.
“ Siapa nama anak muda tadi,bang? Pada zaman ini ada juga anak muda yang berakhlak  mulia”.Saya bertanya.
“ Entahlah...abang tak sempat nak bertanya namanya.” Balas suamiku.
“Semoga Allah terima amalannya.Pahala  membuat kebaikan  .Bukankah nabi bersabda “ Perbanyakkan bersedekah ,sekurang-kurang membuang  duri dijalan, bagi memudahkan orang lalu lalang . Jalan raya sekarang mana ada kayu, jadi bangkai tu bolehlah dikira kayu juga yang mengganggu laluan lalu lalang orang.” Jelas suamiku panjang lebar.
Kami meneruskan jogging kami.Di benak ku terbayang bagaimana anak muda itu begitu pantas merebut pahala  di pagi Jumaat. “Ruginya  aku,kenapa ,lepaskan pahala  di jalan tadi..” hatiku berkata.  “Tidak mengapa, Esok masih ada .Insyallah , aku pula merebut pahala yang lain pula.” Hati ku cuba melegakan perasaan kesal yang mengganggu   dibenakku.
Hadith  ke 120 dari kitab Riyadh Solihin  jilid 1:Nabi Muhammad S.A.W.  bersabda diriwayatkan oleh Abi Zar Jundub b.Junadah R.A “ Telah diperlihatkan kepadaku  segala amalan umatku samada makruf atau mungkar.Diantaranya amalan yang  baik ialah membuang sesuatu yang merbahaya di jalanraya  manakala amalan yang tidak baik ialah  berkahak di masjid yang tidak ditimbus.”
...
 Pengajaran Hadith: Sebenarnya sebagai umat nabi Muhammad cukup banyak peluang kita untuk mencari pahala. Perbanyakkan buatlah kebaikan. Jika kebaikan itu merupakah sunnah Rasullah dan kita niatkan buat kebaikan itu kerana hendak mengikut sunnahnya.Perbuatan kita itu bukan kerana nak menunjuk-nunjuk.Semuanya ikhlas kerana Allah. Insyallah, ganjarannya syurga  Allah.