Monday 27 February 2012

MENDIDIK GAYA RASULULLAH: TIP 1

MENDIDIK GAYA RASULULLAH: TIP 1
Tahukah kita bahawa Rasulullah itu adalah seorang guru? Sebenarnya Baginda Rasulullah sendiri mengakui   bahawa  diri beliau adalah guru melalui hadithnya “ bahawasanya daku diutuskan sebagai guru.”  Jadi sesiapa sahaja yang bergelar guru patut rasa bersyukur kerana mengikut sunnah nabi .
Walaupun baginda  seorang  yang buta huruf  kehebatan Rasulullah  sebagai guru   tiada tandingannya. Baginda Rasullulah  berjaya  merobah keadaan bangsa Arab  daripada  tabiat yang buruk,kasar dan suasana jahiliah kepada satu bangsa yang baik akhlaknya serta akur dengar ajaran Islam. Macam mana kita yang bergelar guru, rasa tidak ada guru yang buta huruf. Ramai di antara kita yang lulus university ada yang sehingga  bergelar doctor falsafah,tak kurang yang ada master dan degree,paling tidak lepasan SPM. Tak kiralah  apa kelulusan  ,yang penting  kita kenalah berguru  dan  mengkaji bagaimana Rasullulah boleh menjadi guru yang agung walaupun baginda seorang ummi.
Pelbagai cabaran dan rintangan  yang terpaksa ditempuhi oleh Baginda dalam melaksanakan tugas  sebagai guru/pendakwah. Semua dugaan ini  baginda tempuhinya dengan penuh kesabaran. Berkat kesabaran ini ,baginda rasullulah  sentiasa mendapat pertolongan Allah  dalam mengharungi , onak dan duri .
Wahai mereka yang bergelar guru, bagaimanakah  darjah kesabaran kita. Apakah kita sesabar Rasulullah.Tentulah kita tak sehebat Baginda,jauh panggang dari api .Tapi sekurang-kurangnya kita perlu tingkatkan kesabaran  ketika hendak melentur anak didik yang kita lebelkan  banyak yang tak makan saman tu!. Rasanya taklah murid-murid kita tu  teruk sangat. Ramai murid kita nakal  bukan jahat,apatah lagi  semacam orang Arab di zaman jahiliah dulu yang berperangai buruk  dan kasar.
Nampak gayanya tip 1 penting, nak jadi guru hebat kita mesti SABAR dengan pelbagai kerenah murid kita. Tidak ada jalan pintas.Berkat kesabaran barulah datang pertolongan Allah. Jika Allah dah datangkan pertolongannya Insyallah  kita mampu menjadi guru yang hebat yang mampu menghadapi  apa sahaja bentuk tsunami yang mendatang.
Selamat Berusaha menjadi  guru yang hebat ......KESABARANnya.
Jangan lupa  berdoa dan mohon pada Nya. Sesungguhnya  Allah Maha Mendengar dan Maha Mengasihani.